Monday, March 31, 2008

SURAT BUAT AREZ

kehadapan saudara arez,

saya tahu perbuatan saya semalam mengundang kemarahan awak yang amat sangat. tapi bukan sengaja saya lakukan dan juga bukan kerana saya mencari kesalahan awak. mungkin apa yang saya temui semalam secara kebetulan dan sebab itu tujuan saya untuk bertanya.

arez, mungkin bagi awak saya mencari kesalahan awak tapi tidak mengapa saya terima apa yang awak katakan kerana ia hak awak. tapi bukan niat saya untuk mencari silap awak tetapi hanya kebetulan. memang saya akui kesilapan saya menceroboh memasuki peti masuk mesej myspace awak diluar jangkaan awak mahupun saya sendiri.

mungkin bagi awak saya telah melampau berbuat demikian. tapi saya terima semua itu. sebab mengapa membuat panggilan dan bertanya kepada awak hanya mencari dan bertanya kepastian. bukan meletak kesalahan pada awak.

arez, saya akui saya menyanyangi awak dan mungkin itu yang mendorong saya ingin mengetahui dan bertanya. jika saya idak menyanyangi awak, mungkin saya akan biarkan dan hiraukan semua yang berlaku atas awak. tapi tidak kerana sayang saya pada awak. mungkin saya akan lakukan perkara yang lebih teruk dan tidak diterima akal, tapi secara ratonal saya menelefon awak dan bertanya.

saya terima setiap apa yang awak katakan pada saya. saya mengalah. memang sifat saya begini tapi yang penting bagi saya awak bahagia selalu. saya tidak mahu menjadi batu penghalang kebahagiaan awak.

mungkin apa yang bakal saya perkatakan menambah marah awak pada saya tapi saya dapat rasakan awak cuba mengelak dari saya dan menjauhkan diri dari saya. kenapa arez?saya cuma ingin tahu. sekiranya sebab semalam, adakah terlalu besar dosa dan silap saya pada awak?

arez, saya percayakan awak tapi apa yang erlaku mungkin kerana peristiwa yang pernah terjadi pada saya ketika dahulu. tak apalah memang salah saya, dihantui peristiwa semalam. saya memohon kemaafan atas kesilapan dan kelemahan itu.

sebab saya menutup akaun myspace juga kerana tidak mahu mengundang lebih banyak masalah pada awak. jadi saya mengalah. awak tidak berseuju jadi saya kekalkan akaun itu.

saya akan sentiasa berharap awak bahagia. biarlah saya menderita sendiri kerana saya tidak penting yang penting adalah kebahagiaan awak. andai saya semakin jauh dari fana yang tidak ada reallistiknya lagi bagi saya, awak jagalah diri awak sebaik mungkin. mengingati mahupun melupakan saya adalah hak awak.

andai jauh jiwa saya dan terpisah jasad saya, izinkan saya pergi. andai tergantung antara langit dan bumi,saya mengharapkan kebahagiaan awak abadi.

akhir kata dari saya. salam sayang dari jiwa. AZRIE


-END-

Thursday, March 20, 2008

NEW STORY OF ME

Aku tak tahu apa yang terjadi. Aku semakin kritikal sebenarnya. Kritikal dari semua aspek.

DIRI AKU
  • Aku sedikit berubah menjadi lebih :
    • kurang rational
    • jeles
    • tidak teliti
    • cuai
  • fizikal
    • aku drastik membotakkan kepala
    • heavy smoker
    • kurang selera
  • style
    • sama
CINTA
  • aku mempunyai kekasih hati
  • sayang sangat pada dia
  • tidak mahu kehilangan dia
  • buat yang terbaik untuk dia
  • cemburu pada dia
  • rindu pada dia
PELAJARAN
  • seperti biasa
  • repeat paper
  • fokus kurang
  • last minit study
FAMILY
  • rindukan arwah abah
  • rindukan emak
  • bersalah pada emak dengan arwah abah
  • tak mahu susahkan emak
KAWAN-KAWAN
  • seperti biasa
  • sayang pada mereka
  • MPG penuh makna
KEWANGAN
  • kurang teliti
  • pokai
  • tak dapat handle dengan baik
aku cuma impikan yang apa aku tulis akan berubah menjadi lebih baik.