Sunday, May 11, 2008

SENDIRI, KESIBUKKAN DAN KESALAHAN

aku menyertai citrawarna [buat kali kedua tahun ni] dan jadual latihan sangat penuh jadi aku kembali menjadi sibuk dengan kerja-kerja latihan aku [tambahan latihan di stadium negara]...
aku seronok menari tapi bukan untuk tahun ni yang agak penuh dengan rasa stress di sebalik tabir persembahan citrawarna nanti....

aku juga menjadi serba salah....antara tanggungjawab ataupun tiada sebab...aku rasa aku telah beritahu awal-awal kepada pasanganku setiap aktiviti dan jadual latihan aku yang bakal menjadi sangat penuh menjelang citrawarna 24hb mei tahun ni...tapi bila aku mengambil keputusan untuk memberitahu pasanganku tentang latihan ini sekadar untuk mengingatkan dia akan tugas aku ini...ianya telah menjadi satu kesalahan atas sebab aku tidak memberitahu ke mana aku pergi kepada dia....salahkah aku?tidak mengapalah....aku terima...mungkin memang salah aku...

semalam aku menelefon pasanganku atas sebab rindu yang sangat padanya dan aku faham dia tidak ada kredit telefon dan aku pula kurang mempunyai masa untuk melayari internet...aku sanggup membuat super saver untuk menelefonnya...namun au hanya berpeluang bercakap dengan pasanganku hanya untuk beberapa minit...dan dia menyatakan pada aku, "tidak cukupkah 4 minit tadi?"....betapa sedihnya aku dia membuat kenyataan itu...aku rindukan dia namun sebaliknya itu ayat yang aku dapat darinya....seketika kemudian dia meletakkan telefon...aku sangat sedih...sudahlah jauh, jumpa pun jarang sekali...telefon itu yang aku terima....apakan daya itu nasib aku.....aku terima....



-END-