Thursday, April 23, 2009

JUMPE LAGI

Fuh!!! lame gila tak update blog aku ni...kesian pulak terbengkalai lama....

perkembangan terbaru dalam hidup aku tak ada apa-apa sangat..cuma terlalu sibuk dengan projek-projek berkaitan pengajian aku....tak sabar pulak rasanya nak habiskan study aku dekat uitm ni...huhuhu

hidup yang aku lalui setiap hari sama saja macam biasa, cuma ditambah sedikit kesibukkan dalam study...aku ada lagi satu sem untuk kuliah dan satu sem lagi untuk praktikal....jadi cepat jemasa tu berlalu kan...hmmmm

baru-baru ni aku sedang giat menyiapkan final projek aku untuk sem ni...projek drama yang bertajuk paksi.....paksi berkaitan perjalanan yang kita sering lalui tapi semakin hari kita akan berbalik pada dasar dimana kita datang....maksudnya sejarah akan berulang jika kita cuba lupakan sejarah itu....so far terima kasih lah sesangat pada mereka-mereka yang membantu aku dan group aku untuk siapkan projek ni......

cuma dalam kepala otak aku kadang-kadang tentang penerimaan seseorang terhadap diri dan pendapat orang lain....bagi aku zaman sekarang ni tak ada yang mustahil...jadi tu satu sebab kenapa aku tak pernah nak memilih siapa kawan aku dan macam mana sekali pun mereka aku tetap menerima mereka seadanya....sebab bagi aku tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni...jadi kita perlulah menerima mereka seperti mana mereka sedia adanya....aku tak kesah kalau orang nak cakap aku apa...tapi lama kelamaan kita akan kesah juga tentang perkara negatif yang mereka lemparkan pada aku...cuma nasihat orang yang terdekat supaya aku abaikan apa yang mereka fikir....biarlah..

nasihat aku pada diri sendiri...

jangan melihat pada cermin orang yang membiaskan imej mereka,
tapi lihatlah cermin yang membias imej kita sendiri,
jika cermin mereka kotor,
tak semestinya cermin kita bersih pada mata orang lain,
jadi baik kita jaga cermin sendiri dari cuba memegang cermin orang lain,
kerana jika cermin sendiri,
pecah kita sendiri yang terluka,
jika cermin orang kita terluka kerana terlalu sibuk akan perihal orang lain.



-END-