Thursday, May 14, 2009

RELEKS SANGAT + NGANTUK = BUHSAN

haaaa..tu r manusia kan selalu je ada yang tak kena...banyak kerja bising, tak ada kerja bising...apa agaknya yang dia orang nak biar tak bising? pening kadang-kadangkan.....tapi aku pon kadang-kadang macam tu juga sebab aku pun manusia, bukan alien cm sesetengah org buat kat aku sampai nk control hidup aku lebih dari mak aku plak....jawapan aku pegi mam la kan..huhu




-END-

Wednesday, May 13, 2009

TAMATKAH "PAKSI"

WOAW!!!tu je ayat yang aku mampu luah buat masa ni.....kesibukkan jadual pengajian sem ni buat aku rasa sangat puas dan juga letih...tapi yang seronok bila aku menempuhi pelbagai dugaan dan dalam masa yang sama aku mempelajari sesuatu yang baru dan juga yang mengajar aku tentang kehidupan.....

hari ni 14hb may melihat aku menempuhi beberapa tarikh dan peristiwa yang seronok bagi aku....antaranya :-
  • genap 3 bulan aku couple dengan si dia >>> terima kasih sayang
  • semalam telah berakhir juga satu projek kerja yang sangat memberi cabaran dalam pembelajaran aku dan juga dalam kehidupan harian aku.....iaitu projek drama pendek yang bertema ketuanan melayu yang kumpulan aku namakan sebagai paksi

PAKSI


drama kumpulan aku ni sempoi saja..tak adalah complicated sangat...tapi masih berdasarkan tema yang dibagi iaitu ketuanan melayu....cerita yang pada dasarnya menceritakan tentang perjalanan kehidupan yang berputar tapi akan kembali pada sejarah yang pernah dilalui....senangkan...
mula-mula aku nak lah ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan produksi aku yang banyak bagi kerjasama, tolak ansur walaupun berbagai dugaan yang berlaku dalam kumpulan kitorang....kemudian kepada kawan-kawan aku gak yang memberi kerjasama dalam dalam menjayakan drama....dan paling berterima kasih kepada pensyarah tersayang sebab banyak memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan drama ni....aku harap, satu hari nanti aku dapat hasilkan drama yang lebih baik dari ni.....
dengan berakhirnya tayangan drama tadi maka berakhirlah juga pengajian semester ni....aku bersyukur sangat dan tak sabar menempuhi semester yang akan datang dan merupakan semester yang lebih mencabar dan terakhir di fakulti ni tapi buka di UiTM sebab aku masih ada latihan praktikal yang perlu di selesaikan di semester oenghujung pengajian aku ni.....


nukilan ni utuk semua yang sentiasa berada disisi aku selama ni....;-


berjalan dipadang pasir,
panas,
terik,
dahaga,
dan tiada penghujungnya,
walau sejuta langkah yang digarap rapi meneruskan langkah-langkah longlai,
namun akan jumpa sepohon pokok yang indah pada hakiki mata kerdipan,
walau pedih dilanda seribu taufan yang membunuh jiwa,
sekuat mentari juga jati dilapangan dada,
umpama kaktus yang menghijau disekitar taman gersang,
menarik mata nafsu,
tapi menyakitkan jari jemari yang membelai lembut rerambut halus berbisa,
menarik nafas yang kian putus dihujung nadi,
tetap ada zat hakiki yang membina rasa tabah,
sabar buahnya manis,
walau perit menjadi kekulit suratan,
bagai lelayang yang terbang ditiup angin kencang taman gersang,
masih terikat pada bumi akan tali yang kian putus,
jari jemari yang lemah,
masih mengharap gamai kaktus yang menyakitkan,
itulah perjalanan hakiki,
ditaman gersang,
namun penuh dengan kasih sayang,
kerana manis,
akhirnya memberi derita yang berpanjangan,
biarlah koyak lapisan jejak langkah,
namun,
manis selamanya menanti dihujung sana.......



-END-