Friday, February 15, 2008

PENGHUJUNG BAGI SUATU PERMULAAN

Akhirnya hubungan antara aku dan dia berakhir begitu saja. Berakhir dengan sebuah propaganda, iri hati, penipuan, benci dan sayang. Memang aku akui menyayangi dia, tapi sampai bila untuk aku setia pada orang yang menyimpan ribuan cerita yang mungkin hanya ratusan yang aku tahu. Sebanyak cerita yang tidak mahu dikongsi tapi mengharapkan bahagia. Tidak mungkin ianya akan terjadi.

Kerana sayang juga aku tinggalkan dia untuk orang yang menyayangi aku. Bak kata kawan-kawan aku, "jangan meninggalkan orang yang menyayangi kita untuk orang yang kita suka, kerana mereka yang kita suka  akan meninggalkan kita untuk orang mereka  sayang." Rasa sayang dalam diri aku? hanya mereka yang tahu dapat rasaan dimana letaknya.

Aku tak faham, tika dia yang salah langsung dia tidak mahu lepaskan aku dan mahukan aku sebagai abang dan sebagainya. Tika aku yang lepaskan dia dari ikatan yang tak pasti, dia tidak terima aku walau sebagai kawan. Mana letak sayang @ janji sebelum ini, yang andai suatu ketika kami cuma kawan. Tapi tetap aku yang dia persalahkan, aku terima.
Suatu hari nanti kau akan tahu sebab kenapa aku macam ni.

Permulaan sebuah hubungan baru aku tidak harapkan apa-apa. Cuma ingin dia setia dan memahami, itu sudah cukup bagi aku yang tidak mungkin ingin bermimpi lagi. Apatah mahu mengimpikan sesuatu hanya samar-samar. Yang pasti kini cuma kamu dihatiku.


-END-