Tuesday, November 20, 2007

TARIAN, LANGKAH DAN MUZIK

terasa setiap langkah yang di gerakkan dalam tari memberi setiap makna dalam kehidupan...baru-baru ini aku mewakili TV3 dalam pertandingan dramatari sektor awam dan korporat dan alhamdulilah berkat usaha yang diberikan oleh setiap penari memberi impak dalam persembahan kami....
PAWANA bermaksud angin. pawana juga nama kepada watak utama dalam dramatari yang kami perjuangkan dalam pertandingan ini. watak pawana merupakan gadis kecil yang menjadi saksi pelbagai kisah dan tragedi selepas merdeka. pawana merupakan simbolik kepada asas perpaduan dimana, apa jua jenis manusia, apa jua kaum dan keturunan. pawana atau udara yang dihirup untuk kelangsungan hidup. kadang-kala, pawana bisa merubah menjadi taufan memecah integriti dan pawana jugalah yang akan menyatukan semula wasilah yang terlerai itu.
begitulah adanya sinopsis persembahan dramatari kami pada malam itu..walaupun hanya mendapat tempat ketiga namun lebih bermakna bagi kami mendapat tempat dihati penonton kerana bagi kami persembahan ini bukan dipertaruhkan semata-mata tapi memberi kesedaran dan kelangsungan dalam setiap yang melihat dan menghayati dramatari bertajuk PAWANA ini..
sekian kalinya aku mengucapkan terima kasih kepada pihak TV3 yang memberipeluang dan kepercayaan kepada kami kumpulan PRIMA SENI (PERSATUAN MAHASISWA AKTIF SENI) untuk mewakili satu badan korporat yang mempunyai nama yang kukuh dalam industri penyiaran di negara ini...seain itu aku juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kreografer aku AMANDUS PAUL PANAN dengan berkat usaha gigih beliau mencurahkan idea dan kreativiti bagi melahirkan dramatari yang bertajuk PAWANA ini..berbekalkan bakat beliau sebagai seorang kreografer dan jurulatih yang berwibawa, kumpulan kami juga membawa pulang anugerah kreografer terbaik dalam pertandingan tersebut...
juga terima kasih aku kepada semua penari yang terlibat atas komitmen dan kerjasama mereka untuk bersama-sama menjayakan dramatari ini...aku sejujurnya sangat gembira dapat bersama-sama mereka menimba pengalaman dalan dramatari yang sekian adanya..



-END-

Sunday, November 18, 2007

LUAHAN HATI SEORANG LELAKI

Aku dah lama tak ber'blog'...So now aku kembali ke dunia yang aku makin tinggalkan...
Bagi aku blog bukan tempat untuk orang membuang masa, tapi blog bagi aku adalah tempat untuk orang meluahkan rasa, idealogi, suka duka, berkongsi cerita dan lain-lain (banyak untuk aku nyatakan sebenarnya..)

Kepada yang terjumpa @ melawat @ membaca @ berkongsi cerita dalam blog aku ni...Aku ucapkan terima kasih..sekurang-kurangnya korang dapat gak tau serba sedikit tentang hidup aku ni...Dan mungkin ada yang korang boleh ambik sebagai pengajaran...kalau untuk di jadikan tauladan tu aku tak tahu pulak...Sume terserah pada korang..

Kalau de yang merujuk pada tajuk blog aku mungkin ada yang pelik sebab bunyi macam antologi tapi sebenarnya memang pun satu antologi tapi bukan sebagai bahan pembelajaran di sekolah tu.bagi aku ini sebagai satu cerita dalam kehidupan..."PLOT" bagi aku dalam blog ni adalah berkenaan perjalan cerita yang aku lalui seharian mungkin...danapa yang aku tempuhi dalam plot perjalanan cerita hidup aku....bagi aku juga, kehidupan ni sebenarnya ada skrip, lighting, boom mic, camera, etc, sebab kehidupan bagi aku adalah satu lakonan realiti...bukan seperti reality show dalam televisyen tp realiti yang benar-benar sebuah realiti.


-END-