Monday, December 3, 2007

PUTAR ALAM, RENTAK ALAM > PRISMA SENI

FESTIVAL BUDAYA UITM '07, menunjukkan sebuah lagi kejayaan PERSATUAN MAHASISWA AKTIF SENI [PRISMA SENI] yang merupakan salah satu persatuan kebudayaan yang mempertahankan seni tari tradisional dan kontemperori yang telah mula bertapak di UiTM Shah Alam...
PUTAR ALAM,  zapin asli yang dipertandingkan oleh ahli-ahli persatuan PRISMA SENI dalam kategori tarian asli...gerak tari yang diolah, beralun rapi dengan gemersik lagu zapin malam pengantin [ mengikut lirik lagu sebenarnya ]..enam penari lelaki dan enam penari perempuan berpasangan mengorak langkah mengikut rentak lagu dan menyusun rapi gerak pola lantai yang di cipta...tarian ini akhirnya telah menambat hati juri dan memenangi tempat pertama dalam kategori yang dipertandingankan iaitu kategori tarian asli..
RENTAK ALAM, tarian kontemporari yang telah diolah oleh ahli PRISMA SENI sendiri iaitu AMANDUS PAUL PANAN...gerak tari yang telah dicipta dialun pula dengan lagu hasil ubahan dr MOHD RAZIFF ZULKIFLI yang juga merupakan ahli persatuan ini...tarian yang menggabungkan elemen-elemen jawa sehingga terhasilnya RENTAK ALAM...penceritaan plot yang bermula dari warisan [pusaka], muzik, tari, dan budaya...membawa satu pelengkapan cerita yang menarik untuk dipertandingkan...namun bagi kategori ini persatuan ini telah tewas kepada UiTM Sarawak....
keputusan yang dinantikan adalah keputusan keseluruhan bagi kategori tarian gabungan markah dari kategori asli dan kategori kreatif [kontemporari]....hasil pengiraan juri...akhirnya keputusan :- 
  • KETIGA - UiTM Sarawak
  • NAIB JOHAN - UiTM Johor, [PERFORMING ART CLUB, P.A.C]
  • JOHAN - UiTM Malaysia, [PRISMA SENI]
TAHNIAH  kepada ahli PRISMA SENI yang terlibat dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membantu persatuan PRISMA SENI mencapai kejayan yang membanggakan ini.


-END-

1 comment:

epul said...

yeah...hidup prisma..hehehe