Wednesday, December 12, 2007

HUJAN DI HATI > KARAM DI SANUBARI

aku sendiri tak tahu apa yang aku cari....aku bagai kembali ke 3 tahun lepas...mencari seswatu yg tak pasti....situasi yang sama dengan aku sekarang.... apa yang aku harapkan?

aku tak mengharap apa-apa lagi......sebab aku tahu siapa aku...dan aku tahu taraf aku...dan aku tahu tempat aku.... 

apa yang aku mahu dari kamu?aku cuma mahukan kejujuran....aku cuma mahu keikhlasan....aku cuma mahu kepercayaan...aku tidak perlukan perhatian kerana aku tahu aku hanya insan biasa....memberi,merasa, bangun dan jatuh sendiri..... 

mungkin biasa aku ungkapkan "andai aku pergi, biarlah aku terus berlalu, kerana aku tidak dapat menahan derita di hati...andai aku pergi, biarlah aku terus terhapus dari mimpi, bagai kabus di waktu pagi....andai aku pergi, biarlah aku terus melangkah dari memori, kerana aku tidak aku tersimpan lebih lama lagi....aku tidak mahu derita yang aku rasai, akan terbias pada yang lain....merasai sayang pada yang aku sayang dan menerima benci dari yang aku sayang....kerna aku rela menanggung sendiri...." entahlah.....perlukah aku biarkan apa yang tersimpan terus tersimpan....dan perlukah aku mencari kembali seswatu yang hilang.....biarlah masa yang tentukan.... 


-END-

No comments: