Sunday, January 6, 2008

LEMBARAN BARU DI 2008

Tak sangka seketika dulu aku masih memakai uniform sekolah, sekarang aku bakal menamatkan pengajian diploma aku di UiTM ni. Sekejap sangat masa tu berlalu. Kadang-kadang aku terfikir juga, apa yang telah aku lalui selama beberapa tahun di sini. berlari mengejar impian yang kadang-kadang hilang dari pandangan.
Gembira, sedih, bahagia, kecewa dan banyak lagi aku rasakan di sepanjang tempoh usia ini. Rasa bahagia disamping yang tersayang, rasa kehilangan, jatuh dan bangun dalam setiap langkah yang aku lakukan. Tapi aku terima, mungkin usia aku yang makin meningkat mengajar aku untuk lebih matang dan rasional dalam setiap tindakkan. 
Tak sangka juga aku bakal bertambah usia tanggal 14hb januari ni. Usia aku 21 tahun tika itu. Azam untuk usia 21 ni, aku ingin menjadi lebih matang dan terbuka, berdikari dan rasional.
Dalam kehidupan macam tiada apa lagi yang aku harapkan. Aku takut kecewa dengan harapan sendiri, takut harapan yang aku bina berkecai dengan hati yang sama berderai nanti.
Mungkin tika ini, aku hanya mampu bermimpi yang aku tahu aku memang hanya dapat seketika dan bayangkan saja. Keinginan, biarlah aku simpan sendiri.

2008 juga megikat hati aku untuk kembali setia. Menyayangi, mencintai, merindui seseorang yang istimewa dalam hati. Selain emak, insan yang aku paling sayang dalam dunia ni. Insan yang kedua adalah satu-satu kekasih hati. Hanya satu itu kekasih hati aku. I LOVE U BABY. Terima kasih kerana terima saya seadanya.
Langkah-langkah seterusnya akan terus aku atur untuk sepanjang 2008 ini.



-END-

No comments: