Sunday, January 27, 2008

RATIONAL, HATI ATAU DENDAM?

Sejak kebelakangan ni, aku makin terasa sesuatu dalam diri aku. Mungkin benar aku boleh membaca apa yang tersirat dan tersurat dalam diri orang lain tapi aku tak dapat mebaca apa yang tersurat dan terisirat dalam diri aku sendiri.
Tika aku menerima sayang dari seseorang, aku rasa bahagia [tanpa aku sedar hanya seketika] tapi aku curah rasa sayang yang melimpah pada dia. Akhir jalinan hubungan, dia tinggalkan semua tu. Aku? kecewa. Bila datang cinta yang lain, yang ada dalam diri aku hanya dendam. Tak ada sedikit rasa sayang pada orang seterusnya. HANYA DENDAM.

Kini, bila aku temui orang baru aku cuba untuk setia. Tapi akhirnya, aku lagi yang merana. Mungkin itu balasan aku terima dari perbuatan aku. Dia tak mahu aku ada orang lain di hati, tapi dia sendiri memasang jalinan pada orang lain. Dia tak mahu aku pergi, tapi mengasihi insan lain. Jadi? apa dan siapa aku bagi dia? SENYAP.

RASIONALnya, perlukah aku menjadi setia dan mampukah aku menjadi setia pada orang yang seumpama itu? mungkin tidak bagi HATI aku kini. Aku mencari sesuatu yang mungkin mengundang musibah sendiri, tapi aku puas dari hati aku terus merana lagi. Tepuk dada tanya HATI.

Jangan salahkan aku bila MOHD HAZRIZAL tiada lagi seperti dulu. Kembalinya dendam dalam diri aku umpama menanam bom dalam tanah. Dilihat tak nampak, disentuh merana. Andai aku kembali rasa dendam dengan sayang, tiada lagi MOHD HAZRIZAL yang sesetengah mereka kenal dahulu. Maafkan aku.


-END-


No comments: