Friday, January 18, 2008

HARI YANG KIAN MENJAUH

Sekejap je perjalanan hidup ni. Sedar tak sedar aku dah 21 tahun [ umur layak mengundi ]. Kata orang umur 21 tahun ni adalah kunci kebebasan bagi semua orang, aku ingin tau sejauh mana kebebasan bagi diri aku. Banyak perkara yang aku ingin tahu dan aku mahu cari dalam hidup aku. Baru-baru ni berlaku pertelingkahan antara aku dan 'dia' [ kekasih hati ], tapi lepas semua tu terjadi dan aku telah melakukan beberapa perkara yang mungkin agak bahaya juga [ aku telah menelan 10 biji panadol + air coke] hampir sehari juga aku tak sedar diri sampai kawan rumah aku gerakkan aku untuk menjawab panggilan dari si 'dia'.

Aku akui aku sayang pada dia, sayang yang dah lama aku tak rasa wujud dalam hidup aku. Mungkin juga dia yang terakhir bagi aku. Selepas semua yang terjadi dia berjanji takkan lakukan lagi perkara lepas, sejauh mana jujur kata janji dia akan aku turutkan. Sekarang aku seperti biasa, menanti dan merasa bahagia yang tidak tahu datang arah yang pasti. Apa yang boleh aku katakan, au sayang pada dia. Membina mimpi dan impian dengan dia. Aku impikan perkara yang sama dari dia.

Pengajian aku makin beranjak ke akhir semester. Aku inginkan pencapaian yang memberangsangkan. Keputusan MUET [ Malaysian University English Test ] juga akan keluar tak lama lagi, berdebar juga nak terima keputusan yang bakal di umumkan.


-END-

No comments: