Saturday, April 12, 2008

KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA AKU HARAPKAN



sejak kebelakangan ni macam-macam perkara yang terjadi...mungkin hikmah untuk aku menjadi lebih matang?aku harapkan begitu....

baru-baru ni jadi lagi satu perkara yang mula bersarang dalam kepala otak aku ni...abang-abang aku, kakak aku dan yang menjadi mangsa emak aku...kenapa semua ni harus terjadi...sejak abah kesayangan aku meninggal makin banyak yang terjadi...aku bersyukur sebab arwah tidak melihat semua yang ter jadi dalam keluarga aku sekarang...tapi aku dapat rasakan arwah sedih dengan semua hikmah ni...

abang yang sepatutnya menjadi lebih matang bukan saja dari segi umur bahkan dari pelbagai aspek tetap dengan perlakuan seperti kanak-kanak yang tidak matang...bahkan anak buah aku sendiri yang berusia 7 tahun dapatmemikir tentang kasih sayang...aku tak faham apa lagi yang dia mahukan dalam perjalanan hidup sendiri....mustahil bukan jika dia mengharapkan kehancuran keluarga sendiri?tapi itulah hakikatnya yng perluaku telan mahupun pahit....

kerana wang manusia sangup melakukan apa saja...itulah manusia zaman moden ini...tak ada langsung pemikiran kasih sayang terhadap keluarga...abang aku yang sepatut mengambil tugas seorang bapa tapi tidak mendapat restu dari adik-beradik...dia bukan cuba menyatukan keluarga..bahkan bagai mahu memecah belahkankeluarga sendiri...itukan yang patut dijadikan role model kepada adik-adik yang makin meningkat dewasa?

cuba bayangkan...tidak salah membantu adik-beradik sendiri bukan?tapi menjadi beban pada dia untuk diri sendiri...tidak boleh melihat ada yang senang pasti menjadi habuk pada mata...aku sedih kerana adik-beradik aku tidak seperti adik-beradik orang lain...

memburukkan adik sendiri pada pasangan hidup pilihan adiknya...patutkan?tiada rasa hormat pada ibu yang dihujung usia...patutkah?memberi tunjuk ajar yang salah pada orang yang muncul dalam keluarga....patutkah?tidak mahu mendengar pendapat adik-adik yang lain [aku sudah berusia 21 tahun]..patutkah?

dia memiliki keluarga sendiri..namun masih terumbang-ambing tapi mahu berkuasa terus dalam keuarga besar....layakkah?

aku dapat rasakan aku lebih matang berbanding mereka...mungkin ini hikmahnya...aku banyak bersabar...mungkin ini hikmahnya....

aku bukan sebaik mana...bukan semulia para rasul...mungkin aku sebaris dengan kaum nabi luth kerana kesongsangan aku...tapi masih ada kesedaran untuk aku menyelamatkan keluarga ini....satu-satu keluarga yang akan terikat hingga mati...masih terikat mesti telah kembali pada Illahi....

aku pening...pening memikir hal yang sepatutnya menjadi kawalan yang mudah kerana semua telah dewasa...tapi kenapa?

esok aku akan balik ke rumah..berbincang...berbincangseperti orang dewasa...aku harapkan semuanya kembali seperti dahulu...seperti kapal yang diteraju oleh abah....tapi pada fikiran mereka aku bukan siapa kerana aku yang bongsu dalam keluarga....namun mana kesedaran untuk berfikiran terbuka....orang yang muda yang lebih matang dalam hal kekeluargaan....

abah...maafkan adik sebab apa yang telah dan akan adik lakukan...semuanya sebab emak...sebab emak yang abah pertahankan dulu yang kini menjadi mangsa pada anak sendiri...abah adik sanggup menjadi korban untuk selamatkan keluarga kita ni....adik tak mahu abah sedih di sana....biar adik tanggung semua ni abah...emak tidak tahu apa-apa....emak masih rindukan abah...bagi dia abah tak pernah tinggalkan keluarga ni...abah sentiasa ada...menjadi penyelamat emak...tanpa emak sedar anak sendiri cuba menikam dia abah...

abah...adik tau sejak lahir adik tak sempurna...8 bulan dalam kandungn bukan jangka masa yang sempurna abah...tapi adik faham....betapa adik rindukan abah tak ada siapa yang tau...tak ada siapa yang faham....bagi adik baru semalam adik jumpa dengan abah...baru semalam adik suap abah makan....tapi abah tak ada tika adik hadapi semua ni....adik redha abah..adik terima...adik hrapkan kekuatan yang abah tanam dalam diri adik saja untuk berdepan dengan semua ni....doakan adik berjaya abah...berjaya dalam menyatukan kembali keluarga kita....adik tak salahkan sesiapa jika adik mengikut jejak abah ke sana, hanya semata-mata untuk adik selamatkan keluarga kita abah....

abah....andai adik tewas nanti jemputlah adik abah...walau adik tahu bukan dengan abah tempat yang layak bagi adik...tapi untuk keluarga ni adik sanggup buat apa saja abah...abahlah tempat adik luah masalah.tempat adik nak bermanja...tapi bukan adik tak mahu luah pada emak...tapi telah banyak emak korbankan bah....terlalu banyak tamparan yang teruk pada dia, telah banyak darah yang mengalir pada dia....adik tak nak susahkan dia dengan masalah sendiri....

abah...restukan adik bawa keluarga ni....restukan adik teraju keluarga ni...izinkan adik membawa tugas abah walau adik tahu adik tak mampu membawa dan melakukannya sebaik abah...setabah abah berdepan dengan masalah ni...

sekuat dugaan dan cabaran yang adik faham sampaikan abah dan emak tidak mampu menangis lagi....sampai air mata sendiri tidak mengalir.....

abah..itu sebab adik ta menangis bila abah tinggalkan adik sendiri dengan keluarga ni...walau air mata mengalir tapi adik tak ada suara untuk berkata-kata....adik kumpul kekuatan ini...mungkin untuk hari ini abah....abah terima kasih atas wujud adik dekat dunia ini....wujud adik seperti hari ini...jahat adik kerana hati...jahat adik kerana tiada yang nak bawa adik...

abah...hari ni adik menangis lagi...menangis bukan mengenang nasib sendiri...tapi menenang keluarga kita...menangis untuk emak....menangis sebab abah....abah adik terlalu rindukan abah...terlalu sayangkan abah...kadang-kadang adik nak abah bawa adik...tapi adik faham dunia kita berbeza...arez selalu ingatkan aik tentang ini abah....

abah...adik minta maaf lagi abah...adik buat yang terbaik untuk kita...untuk keluarga kita abah...sokonglah adik abah...adik rayu...adik nak selamatkan keluarga kita.....berikan adik kekuatan abah....kekuatan berdepan dengan mereka....

adik tak fikir tentang diri sendiri sekarang...cuma adik nak keluarga kita bahagia....sperti orang lain...penuh kasih sayang....penuh penghormatan...walau hujung jalan adik nanti, adik sendiri terhina...tapi bukan keluarga kita....



-AZRIE-

No comments: