Wednesday, April 16, 2008

"PEACE IN SAHARA"

hari-hari yang kian mendatang semakin memberi cabaran dalam hidup aku...dalam melalui segala dugaan yang kian besar...tapi pesan abah aku mesti bersabar...kata emak dan makteh biar kita mengalah...aku ikut pesan mereka...

aku tahu pahit getir dalam mengharungi hari-hari yang aku lalui dan bakal aku tempuhi...segalanya ada kemungkinan yang pasti....

"peace in sahara"?kenapa...kerana aku mahu lalui dengan setenang yang boleh...jadi sematang dan se"rational" yang mampu...walau besar mana pun dugaan perlu aku tempuhi...kata onnie "berhadapan masalah sebagai kawan, jangan melihat sebagai musuh kerana ianya pasti tidak akan selesai tanpa perbincangan yang matang..."

sepedih mana aku rasa, sesakit mana aku tahan, sehaus mana aku dahagakan...tapi perlu aku lalui untuk meneruskan kehidupan....biarlah seribu halangan tapi aku perlu terus melangkah...

sahara yang kita tahu adalah padang pasir yang besar dan penuh dugaan....disitu aku sendiri, hanya berteman debu-debu pasir dan kaktus-kaktus....namun debu-debu itu akan berterbangan mengikut angin yang bertiup....kaktus yang memberi air zahirnya namun perlu megikis pedih duri yang menusuk jari jemari.....kadangkala nampak oasis yang sempurna tapi hakikatnya hanya khayalan mata kerana jiwa mengimpikannya....sunyi dan sepi hanya permainan hati nan runsing dan sendiri...

sama jika dalam hidupku yang aku lalui...debu-debu pasir di sahara umpama kawan-kawan...nerka bersama namun akan pergi juga membawa haluan jiwa mereka...kaktus yang berihsan bagaikan kepayahan mendapat secangkir rasa bahagia dan penyedap hati....oasis sama makna bagaikan cinta...yang aku impikan dan aku mahu tapi adakah itu zahir dan hakikatnya....pengembaraan aku yang kian jauh mungkin telah terlihat jarak akhirnya...cuma ukuran yang aku tidak tahu mana perginya....

tapi...akhirnya aku sendiri...menjelajah menempuhi sahara hakiki...


-END-

No comments: