Saturday, August 1, 2009

RANTAPAN CINTA BUTA

hati,
hari ini,
tika ini,
saat ini,
engkau menangis lagi,
meratap rentapan keras pada zahirmu yang sentiasa menerima,
walau lemah engkau membelai kembali luka yang semakin dalam itu,
masih ada ruang padamu untuk dirinya,

hati,
berubah sudah hakikimu kerana ungkapan sayang,
kerana sayang itu telah mengajarmu erti sabar,
erti memberi,
erti mengalah,
erti ikhlas,
erti menerima,
tapi adakah mata-mata yang berkelip itu dapat melihat cahaya kasihmu?
mungkin tidak,
kerna hidup hati yang kau sayangi itu tertutup sudah dengan kehidupan yang lebih ceria,
lebih gemerlapan berbanding cahaya yang engkau pancarkan pada mata hatinya,

hati,
janganlah engkau mudah lemah dengan tikaman egois dari dirinya,
kerana engkau telah memberi kata-kata menerima dia seadanya,
walau camping,
mungkin tempang,
mahupun bisu,
tapi bagaimana jika mata hati yang engkau sayangi itu terus buta?
buta dari melihat sayang yang engkau tiup halus pada matanya,

hati,
menangislah kalau itu meredakan amarahmu,
kerna tiada lagi rasa itu jika jantung terhenti,
tika itu sahabatmu itu tidak mampu berlari kencang untuk dirimu,
apatah lagi untuk tubuh yang kian lemah,

hati,
teruskan sabar,
terukan terima,
teruskan ikhlas,
teruskan kasihmu,
teruskan rindumu,
teruskan memberi cahaya sayangmu,
teruskan hati,
tika masih ada masa sel-sel darah mengalir menziarahimu,
kerna jika kembara darah terhenti,
dingin dirimu tiada erti lagi buat yang lain.



-END-

No comments: