Saturday, August 1, 2009

SATU TIKA NANTI

andai satu tika nanti,
muncul dari hidupmu seorang lelaki yang menyamai diriku,
fahamilah dia seperti mana engkau mengetahui dirinya,
mungkin berlainan,
tapi di hati tetap sama jika dia mengatakan "aku sayang dan cinta padamu",

andai satu tika nanti,
berjalan engkau sendiri dalam kehidupan,
mungkin segala kenangan tentang pengalaman yang lepas akan terpanggil dalam dirimu,
tika itu,
ukurlah berapa dalam cerita engkau berbanding orang yang pernah mencipta kenangan bersamamu,




andai satu tika nanti,
penat untuk engkau menjalani hubungan sayang dengan sesiapa disekelilingmu,
timbangkan kembali bagaimana orang sebelum perhentian itu sabar denganmu,
jangan dinilai pada banyak mana jarak hubungan kamu,
tapi fikir sedalam mana ikhlas diri mereka yang mungkin kamu tidakpernah lihat pada dirinya,

andai satu tika nanti,
salah satu dari mereka melangkah mengadap Illahi,
jangan dikenangan apa yang telah dia lakukan pada engkau,
kerana engkau akan menyesalinya,
menyesali kerana tidak pernah menghargai dan tidak setulus hati menerima,

andai satu tika nanti,
beribu orang datang pada dirimu,
nilai keikhlasannya pada dirimu dan sebagaimana dia sanggup menerima engkau sebagai nyawanya,
jangan dilihat betapa hebat ciptaan Tuhan pada wajahnya,
ketampanan pada rupa hanya sebagai bonus semata-mata,

andai satu tika nanti,
terkenangan engkau pada diriku,
mungkin tatkala itu jauh sudah aku melangkah,
menoleh kebelakang memandang kenangan yang sama,
walau seikhlas mana dan serindu mana sekali pun aku padamu,
tapi dalam hati ini biarkan aku terus melangkah dengan sayang itu,
kerana engkau perlu tahu,
engkau telah melemparku dari hidupmu.



-END-

No comments: