Friday, August 21, 2009

KASIH RAMADHAN

ramadhan,
menjelma lagi kini,
memberi seribu makna dalam kehidupan aku,
ramadhan kali ini,
kembali meniup lembut kenangan aku dengan abah,
insan tersayang yang telah pergi tiga tahun dulu,

ramadhan,
aku harapkan abah ada kini,
aku harapkan abah masih disini,
tapi Illahi lebih sayang padanya,
membawa dia pergi jauh dari aku,
mungkin untuk dia lebih aman disana,

ramadhan,
walaupun tahun ini mencoret kisah yang lain,
namun kenangan bersama abah kembali menerjah,
kenangan melihat abah bersahur,
kenangan melihat abah berbuka,
kenangan melihat abah membantu emak,
kenangan melihat abah menjamah kurma kegemarannya,
kenangan melihat abah bersama ahli keluargaku,

tapi,
semuanya tinggal kenangan,
abah tak mungkin akan kembali,
walau aku tahu abah ada disini ramadhan ini,
melihat aku bersahur,
melihat emak memasak,
melihat anak-anak buahku belajar puasa,
melihat kurma kegemarannya.

abah,
sekali lagi tahun ini,
adik puasa tanpa abah,
adik sahur tanpa abah,
adik berbuka tanpa abah,

abah,
sekali lagi adik minta maaf pada abah,
adik tak jadi anak yang baik,
adik tak jadi seperti yang abah harapkan,
adik tak jadi contoh yang baik seperti abah.

ramadhan,
bawalah abah kembali padaku,
bawalah rasa abah ada disisiku,
bawalah abah pada emak,
emak terlalu rindukan abah,
emak menangis tiap malam rindukan abah,
kakak juga sama,
along juga sama,
angah juga sama,
alang juga sama,
adik juga sama,

ramadhan,
berilah ketenangan pada abah,
berilah kesejahteraan pada abah,
berilah keberkatan pada abah,
berilah kasih sayang pada abah,

ramadhan,
kehadiranmu membawa seribu erti dalam kenangan hidupku,
membawa seribu kenangan padaku,
memberi harapan kepadaku,
terima kasih ramadhan,
memberi aku peluang bersama abah.





-END-

Thursday, August 13, 2009

BISAKAH ANGIN BERBISIK?

tika aku disini,
tidak ada yang mampu melihat hadirku,
bagai mengoncang dedahan dan ranting,
tapi tidak nampak akar puncanya,
detik-detik daun berguguran,
mungkin masih terkatup kata asilahmu,
mengabdi pada egomu,
menutup rapat pelukkan jiwamu,
walau hatimu memberontak,
berbicara padamu,
tapi dirimu tidak pernah mendengar rintihannya.

tika aku menyapamu,
kau merasakan dinginku,
namun tiada rasa sayang pada belaian itu,
sejuk itu dibiar membeku,
seperti hatimu yang kaku,
tinggi atmosfera egomu,
hingga hatimu,
tergantung tanpa dirimu,
dimana kau sisip ikhlasmu.

tika aku mula berbisik,
cupingmu membuka matanya melihat,
namun tetap egomu mengheret keluar siulanku,
menjahit rapat hingga sezarah tidak terlalu,
hatimu terus sepi tanpa bisikku,
terkaku sendiri kerna egomu.

angin pun mungkin dapat berbisik,
kerna egomu menebal dihati,
berilah hatimu berbicara,
berilah hatimu telinga,
berilah hatimu terasa belaian tiupanku,
berilah hatimu merasa,
berilah hatimu ruang,
berilah hatimu dirimu,
kerna egomu itu,
angin pun tidak bisa berbisik.

Sunday, August 2, 2009

LAGI BERAT DI PIKUL, LAGI PAHIT DI TELAN

terkesima sekitika bila aku mengetahui si kekasih bermain kayu tiga...sepenuh hati aku curah sayang yang tak pernah dia ketahui dan lihat akhirnya pahit juga yang aku terpaksa telan...tipu aku tak propa berlakon tidak tahu menahu walau hakikat telah terpampang akan kecuranga nafsu...sekali lagi aku tewas dalam mempertahankan kasih yang tidak di hargai....

adakah setiap kasih itu perlu ada banner yang tertulis aku sayang padamu dan adakah itu baru terbukti bahawasanya aku benar-benar sayang dan cinta padanya? walau aku tahu setiap milimeter gerakku di nilai silapnya....

tidak ada manusia yang sempurna...dan setiap yang tidak sempurna itu yang menjadi sempurnanya....

berat mata sahabatku yang mendengar dan melihat....tersungkur lagi aku memikulnya....namun aku ingat pesan seseorang sabar...


-END-



Saturday, August 1, 2009

RANTAPAN CINTA BUTA

hati,
hari ini,
tika ini,
saat ini,
engkau menangis lagi,
meratap rentapan keras pada zahirmu yang sentiasa menerima,
walau lemah engkau membelai kembali luka yang semakin dalam itu,
masih ada ruang padamu untuk dirinya,

hati,
berubah sudah hakikimu kerana ungkapan sayang,
kerana sayang itu telah mengajarmu erti sabar,
erti memberi,
erti mengalah,
erti ikhlas,
erti menerima,
tapi adakah mata-mata yang berkelip itu dapat melihat cahaya kasihmu?
mungkin tidak,
kerna hidup hati yang kau sayangi itu tertutup sudah dengan kehidupan yang lebih ceria,
lebih gemerlapan berbanding cahaya yang engkau pancarkan pada mata hatinya,

hati,
janganlah engkau mudah lemah dengan tikaman egois dari dirinya,
kerana engkau telah memberi kata-kata menerima dia seadanya,
walau camping,
mungkin tempang,
mahupun bisu,
tapi bagaimana jika mata hati yang engkau sayangi itu terus buta?
buta dari melihat sayang yang engkau tiup halus pada matanya,

hati,
menangislah kalau itu meredakan amarahmu,
kerna tiada lagi rasa itu jika jantung terhenti,
tika itu sahabatmu itu tidak mampu berlari kencang untuk dirimu,
apatah lagi untuk tubuh yang kian lemah,

hati,
teruskan sabar,
terukan terima,
teruskan ikhlas,
teruskan kasihmu,
teruskan rindumu,
teruskan memberi cahaya sayangmu,
teruskan hati,
tika masih ada masa sel-sel darah mengalir menziarahimu,
kerna jika kembara darah terhenti,
dingin dirimu tiada erti lagi buat yang lain.



-END-

SATU TIKA NANTI

andai satu tika nanti,
muncul dari hidupmu seorang lelaki yang menyamai diriku,
fahamilah dia seperti mana engkau mengetahui dirinya,
mungkin berlainan,
tapi di hati tetap sama jika dia mengatakan "aku sayang dan cinta padamu",

andai satu tika nanti,
berjalan engkau sendiri dalam kehidupan,
mungkin segala kenangan tentang pengalaman yang lepas akan terpanggil dalam dirimu,
tika itu,
ukurlah berapa dalam cerita engkau berbanding orang yang pernah mencipta kenangan bersamamu,




andai satu tika nanti,
penat untuk engkau menjalani hubungan sayang dengan sesiapa disekelilingmu,
timbangkan kembali bagaimana orang sebelum perhentian itu sabar denganmu,
jangan dinilai pada banyak mana jarak hubungan kamu,
tapi fikir sedalam mana ikhlas diri mereka yang mungkin kamu tidakpernah lihat pada dirinya,

andai satu tika nanti,
salah satu dari mereka melangkah mengadap Illahi,
jangan dikenangan apa yang telah dia lakukan pada engkau,
kerana engkau akan menyesalinya,
menyesali kerana tidak pernah menghargai dan tidak setulus hati menerima,

andai satu tika nanti,
beribu orang datang pada dirimu,
nilai keikhlasannya pada dirimu dan sebagaimana dia sanggup menerima engkau sebagai nyawanya,
jangan dilihat betapa hebat ciptaan Tuhan pada wajahnya,
ketampanan pada rupa hanya sebagai bonus semata-mata,

andai satu tika nanti,
terkenangan engkau pada diriku,
mungkin tatkala itu jauh sudah aku melangkah,
menoleh kebelakang memandang kenangan yang sama,
walau seikhlas mana dan serindu mana sekali pun aku padamu,
tapi dalam hati ini biarkan aku terus melangkah dengan sayang itu,
kerana engkau perlu tahu,
engkau telah melemparku dari hidupmu.



-END-