Thursday, January 29, 2009

TAHUN BARI CINA....

baru je lepas sebenarnye kan cuma aku lambat sikit update ......cumanya aku agak tertarik dengan tindakkan satu syarikat ni sebab nak mintak maaf atas permasaalahan yang berlaku kerana mereka sedang menjalankan pembinaan pangsapuri berhadapan taman perumahan tempat aku duduk ni.....








-END-

Wednesday, January 21, 2009

MAK CIK, KEREPEK DAN DOT DOT DOT

lepas aku merepek satu hari dengan kelas yang penuh...malam aku lepak pulak makan-makan dengan kawan aku Jelberter [akak J] dengan naz...

mula-mula tu aku plan dengan J nak makan dekat pak li..tapi sebab sambutan PERAYAAN PTPTN yang disambut oleh student-student menyebabkab kopitiam ni penuh lah memanjang....jadi aku dengan J merancang untuk ke kopitiam lain untuk melantak malam [dinner]...kali ni tak macam biasa sebab kalau biasa tu aku makan nasi tapi malam ni aku dok meng'order' mee goreng basah "sajork"...[sebab lama dah tak makan mee ni]....

lepas melantak beberapa ketika kawan aku yang meriah pun sampai [siape lagi kalau bukan naz]...so kitorang melantak bertiga...

abis je makan kitorang masih dok menempel kat kopitiam tu sebab naz nak pergi jamming untuk persembahan dia esok...dlm dok sedap-sedap berborak dan bergosip...datang seorang mak cik ni jual kerepek....

ceritanya bukan pasal kerepek mak cik tu...tapi tahap kesian aku dekat mak cik ni..[aku tak beli kerepek dia]....sebab selalu sangat aku nampak kumpulan mak cik-mak cik ni dok jual kerepek dekat area tempat aku melepakkan diri...bukan apa aku kesian dekat mak cik ni....takkan diorang tak ada anak kot...sebab setahu aku diorang ni [mak cik-mak cik] ni kebanyakkan rang tempatan dan memang asal dari negeri ni juga....[rahsia]....kadang-kadang aku sampai rasakan ini adalah satu sindiket....yang tambah sedih sebab mereka menggunakan orang tua untuk menjual kerepek-kerepek tu....bukan ke boleh hantar dekat kedai tak pun buka satu kedai kerepek untuk berniaga...bukan suruh mak cik ni dok jalan jual kerepek dari meja ke meja...dah banyak kali dan selalu sangat aku nampak kumpulan mak cik ni dok merayap-rayap jual kerepek...dah la tu waktu malam pulak...lagilah bahaya untuk berjalan-jalan....



untuk pengetahuan korang...mak aku pun jual kerepek jugak tapi tak ada pulak sampai malam berjalan jauh dari meja ke meja untukjual kerepek dia...bagi aku usia macam diorang ni sepatut berehat di rumah...anak-anak yang sepatut membantu ibu bapa untuk mencari rezeki...bukan apa aku cuma kasihan...sebab macam anak-anak tak ambek tau pasal orang tua diorang....

tambahan pulak penggunaan mak cik dalam kes ni macam untuk menagih simpati untuk orang membeli hasil jualan tu...please lah...jangan buat orang tua macam ni tak baik....

pernah satu ketika tu...aku sedang makan di kawasan berhampiran....kes yang sama mak cik jual kerepek jugak....tapi apa yang aku dengar mak cik ni dalam keadaan kepayahan sebab orang yang hantar dia untuk jual kerepek dekat kawasan tu dah balik dan tinggalkan mak cik tu dengan kerepek-kerepek sekali...cuba korang bayangkan macam mana mak cik tu nak survive? kesian kan...dah lah kena berjalan jauh nak jual kerepek...terpaksa menagih simpati orang...hujung-hujung kena tinggal dengan orang yang hantar dia....dengan usia yang lebih dari setengah abad terpaksa lalui mende-mende macam ni....harap mak aku takkan jadi macam ni...jadilah anak yang bertanggungjawab......



-END-

KELAS TV PRODUCTION

macam biasalah rutin aku sebagai seorang pelajar ni...[walau agak nakal kot]..tapi hakikat seorang pelajar tetap pelajarkan...hehehe

okay...cerita hari ni bukan apa..cuma nak cerita tentang kelas PN.LOLA...aku ni memang minat dalam bidang penyiaran that why lah membawa aku kepada dunia masscom broadcasting ni....huhu.....hari ni kira hari pertama aku masuk kelas PN.LOLA...[walau kiranya dah 3 minggu kelas dia..]...nak dijadikan cerita...kelas dia hari ni dekat 5 jam berterusan...[lebam juga punggung duduk lama-lama] tapi tak ada lah 5 jam tu dalam bilik kuliah saja....kitorang dibawa masuk studio latihan TV dekat tingkat bawah fakulti aku.....



PN. LOLA PENSYARAH TV PRODUCTION AKU



kelas ni memang seronok gila [tambahan sebab menepati minat aku dalam bidang ni]....subjek ni seronok sebab adalah belajar tentang teknik penggambaran, kamera dan macam-macam lagi...tapi seronok macam mana pun bak kata mama "student ni sebenarnya boleh fokus 20 minit je dalam kelas dan ini adalah fakta.."....betul jugak apa yang mama cakap tu ...sebab lepas 20 minit dalam studio tu, aku pun angkat kamera kau dan snap lah beberapa gambar dalam kelas studio hari ni...hehehehe

aku agak teruja sikitlah sebab dalam studio ni ada kamera yang biasa digunakan dalam stuido dimana-mana studio rakaman stesen TV kat mana-mana saja...jadi aku harap satu hari nanti aku akan kerja dalam bidang ni..sebab aku memang minat gila dalam bidang penyiaran ni...hehehe

dekat sini gak aku de beberapa gambar dalam kelas aku....



BEBERAPA KAMERA YANG TAK MAMPU NAK BELI...HEHEHE



LIGHTING STUDIO



MEMBER YANG KHUSYUK MENDENGAR PENERANGAN PENSYARAH



BUDAK YANG KONON-KONON KHUSYUK PADAHAL....HAHAHA




BUKU NOTA KECIK YANG ADA NOTA PUN...HAHAHA



-END-


Monday, January 19, 2009

KEPERLUAN, KEINGINAN DAN "KEHABISAN"

lagi satu cerita yang baru jugalah aku lakukan dalam beberapa hari ni....semuanya berkaitan dengan perangai manusia...[siapa lagi manusia tu mestilah aku]..

beberapa hari ni aku adelah keluar jalan-jalan dengan kawan aku pergi pusat-pusat membeli-belah...[nasib baik bukan pusat peranginan @ pusat pelacuran yang penting pusat bandar]...kawan-kwan aku ni ade gak perangai yang lebih kurang macam aku juga iaitu window shopping and shopping.....

nak dijadikan cerita kawan-kawan aku ni dok sebuk cari barang-barang idaman diorang...jadi aku ni mula-mula nak pergi sebab nak jalan-jalan...hujung-hujung tershoppinglah juga beberapa barang...tapi nasib baik kebanyakkan barang ni ada diskaun sebab nak tahun baru cina minggu depan....jadi dapatlah aku beli juga barang-barang yang aku rasa bukan keperluan tapi keinginan...

antara barang-barang yang aku beli ni haa...:-



kasut ni aku dah lama jugak usha-usha...cuma masa tu cam malas nak beli lagi [sebab tak mampu kot...hahahaha]....aku tengok first time masa aku dok temankan adik angkat aku cari kasut....so aku nampak kasut ni [dekat sg wang je].jadi aku usha-usha la....pastu tak sangka-sangka adik angkat aku yang seko ni minat kasut ni gak...jadi dia dah angkat dulu sepasang....bila aku dah jalan-jalan dengan member aku pada masa yang lain aku belilah gak kasut ni...tak kesahlah walau colour and design kasut ni sama dengan kasut adik angkat aku tu...yang penting aku minat....hahahahaha



ni lagi satu menatang yang aku dok usha gak....tapi tak adalah setinggi keinginan aku nak beli kasut tadi tu....seluar jeans ni sebenarnya aku beli dalam keadaan tak dirancang..aku memang nak cari seluar warna putih sebenarnya [walau aku dah ada satu tapi selaur slack]...tapi orang cakap manusia ni kalau da ikut nafsu susah nak patah balikkan...jadi aku pun belilah seluar ni...masa aku tengok sebelum ni harga dia dekat rm100 la juga...tapi masa aku beli dah dekat-dekat chinese new year so aku yang tak berapa nak chinese terjebaklah juga beli seluar untuk dipakai [walau bukan nak pakai masa chinese new year pun] lagi-lagi sebab ada diskaun sebenarnya...adalah dalam 30% diskaun dia ni......



baju ni pulak sebenarnya harga dia rm29.90....tapi sebab beli dua dapt rm39....aku ni kalau dah nampak offer macam ni aku jadi rambang mata sikit...[kalau memang aku nak mende alah tu] jadi aku belilah....yang kelakarnye....boleh pulak aku beli baju ni dua-dua warna putih...cumanya satu lengan panjang dan satu lagi lengan pendek...yang lengan panjang tu aku dah pakai da..jadi tak adalah gambar dia dalam blog ni...sian dia....


alkesah beg ni pulak...sebenarnya masa ni nak balik ke rumah dah...pastu tiba-tiba member aku yang sorang ni dok berteriak macam orang mati laki dekat sg wang tu panggil aku....rupa-rupanya ada sale jual beg...mula-mula tu aku malas jugak nak bangkut beg ni sebab aku fikir aku dah ada beg dah...[yang pasti beg lama aku tu lagi vouge la]....tapi sebab masa tu dia cakap nak angkut sebiji jadi aku pun naklah jugak sebab harga dia rm50 satu beg kalau beli 2 pun rm50 juga....dah aku dah macam orang cari kepah dekat celah beg tu..dia tak jadi nak angkut pulak....cuak gak aku sebab aku dah confirm dekat cina jual beg tu aku nak beli beg ni...tapi rugi pulak kalau akua ambik satu je...tapi hujung-hujung si taufik dok ambek gak satu beg...jadi beg ni jadilah rm25 je..hehehehe



seluar jeans yang sehelai ni pulak aku beli sebab terpaksa....masa tu aku dok jalan-jalan dengan taufik dekat summit subang....tah macam mana sampai je summit aku terperasan seluar yang aku dok pakai tu berlubang dekat celah bedah dia...tak ke aku dah dok jalan cam "akak" terkepit-kepit..[walau tak adalah besar mana lubang tu tapi boleh masuk jari la juga]...atas nasihat si taufik...aku pun dok beli seluar ni...tapi yang geram dan bengongnye. aku ni.....aku tak tukar pun seluar tu sampai aku balik dari summit...jalan-jalan lagi dekat shah alam sampailah dekat rumah....hampeh.....


satu lagi mende yang aku susah nak tolak dari membeli bila nampak ada sale.....aku ni jenis manusia yang suka jugak kumpul aksesori-aksesori yang bole ni pakai ni....bukan untuk chantek tapi sebab aku suka pakai aksesori....masa ni aku dok cari rantai untuk emak aku sebab mak aku tu nak sangat ada rantai yang tak mahal untuk dipakai dengan loket amber yang aku beli masa trip aku ke negara eropah 2 tahun lepas [poland]....jadi dok aku cari-cari rantai aku nampak pulak mende yang menarik ni...jadi aku belilah satu..sebabnya aku nak buang kenangan yang hitam...=p


bak kata aku tadikan...aku ni agak suka untuk melaram..jadi ni pun salah satu bahan yang digunakan untuk adunan laraman aku...huhuhu.....lagi satu aku ni ade habit suka kumpul botol perfume...jadi mende ni jugak salah satu koleksi selain kegunaan beliau sebagai bahan adunan...aku suka bau-bau yang fresh macam fruities atau floral....[betul ke?lebih kuranglah] kalau nak lebih detail aku suka bau perfume macam dunhill desire red, esprit, hugo boss, adidas, juga termasuk perfume-perfume dari avon macam aqua spirit, blue for him, dll.

tapi dengan aku memenuhi keinginan aku ni....duit pun mengalir macam air hujan..sedih je...tapi nak menyesal pun nak buat macam mana...aku dah guna duit tu untuk membeli barang-barang tu...tak apalah...insyaallah aku dapat cari duit dari ruang yang lain....

demi memenuhi keperluan dan keinginan aku...tanpa aku sedari aku jugak kehilangan....hhuhuhu


jadi lepas ni aku kena lah lebih berhati-hati lagi dan merancang dengan lebih baik....




-END-


MENCARI SESUATU YANG LEBIH PASTI....

seperti biasalahkan...aku ni macam-macam je rase-rase macam pelik kadang-kadang....[apa aku cakap ni...huhu]....tapi yang pasti aku tengah mencari sesuatu yang pasti dalam hidup aku....mungkin sebab beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ni dan ade sesetengah tu aku rase cam dah bosan dengan perkara tersebut....wah mesti korang nak tau kan....[for sure lah kan..hahahaha]

1. aku dah mula rase bosan dengan kebiasaan yang aku lalui sekarang ni....antaranya :
  • aku dah mula bosan jadi single.
  • aku dah mula bosan dipermainkan.
  • aku nak lebih serius dalam hidup aku . [aku banyak sangat main-main lah..]
  • aku nak lebih serius fikir tentang masa depan aku.
2. aku nak berubah.
  • aku nak berubah menjadi aku yang sepatutnya aku.
  • aku nak berubah untuk mencari apa yang hati aku mahukan.
  • aku nak berubah dari pandangan masyarakat tentang diri aku.
3. aku nak mencari.
  • teman wanita [kalau boleh lah]
  • ilmu. [lebih fokus]
  • kerjaya.
  • masa depan.
  • identiti yang sahih.
untuk pengetahuan korang, aku memang nak sangat buat apa yang aku nyatakan kat atas tu...tapi aku ni pun manusia..kadang-kadang terikut juga nafsu....yang pasti aku dah bosan sangat dengan perception orang tentang diri aku...takpe lah aku pun tak salahkan beliau-beliau tersebut sebab aku faham bahawasanya tak ada orang yang betul-betul memahami diri kita...betul tak?hmmmm

jadi aku kenalah kuatkan semangat aku mengharungi cabaran-cabaran mendatang...sebagai manusia juga aku ni kadang-kadang perlukan sokongan...macam pokok...nak tumbuh kena gak disiram dijaga....macam cinta perlu dipupuk dan dipertahankan...jadi sama juga macam aku perlukan kawan-kawan dan sokongan...aku faham kadang-kadang orang hanya akan ketawa bila aku cakap macam ni....sebabaku tau siapa aku...

contoh macam bila aku cakap nak mencari cinta [teman wanita atau bahasa up-to-date girl friend] memang susah orang nak sokong..aku pun tak faham kenapa...mungkin sebab diorang tengok aku macam ni kot...yelah...orang cakap aku ni macam budak-budak tak cukup umur...[korang aku da 22 lah tahun ni]....pastu sebab perangai aku yang suka sangat melaram [grooming] orang dah bagi tanggapan buruk kat aku....tapi sebab dah penat nak aku iyekan saje...aku faham kenapa diorang cakap macam tu....

jadi aku kena juga merealisasikan keinginan aku....korang-korang yang rase aku pautu buat mende ni sokonglah aku ok....macam korang sokong kempen-kempen tu...huhuhu....apa-apa pun doa kan aku berjaya......




-END-


Wednesday, January 14, 2009

SEDETIK USIA

dalam sedar tak sedar aku dah tambah lagi satu langkah dalam usia aku...sekarang aku telah berusia 22 tahun [bukan lagi angka bagi kanak-kanak yang kejahilan]...aku cuma dapat mahukan selangkah usia aku ini akan menambah lagi kematangan aku dalam perjalanan kehidupan...seronok? itu belum pasti akan benar atau tidak...

menjelang penghujung usia 21 tahun...aku telah merancang suprise party untuk sahabatku yang juga berkongsi tarikh lahir dengan aku...seronok juga kadang-kadang kalau ada orang yang tarikh lahir dengan kita...dalam perancangan itu aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yangaku minati...pada mulanya memang aku rasa sedih sebab aku menyambut hari lahirku tanpa orang yang aku cintai....tapi demi kawan aku yang seorang ni aku happy kan diri....panggilan yang aku terima itu sangat membuatkan aku rasa bahagia dan gembira sangat kerana orang yang aku minati tu boleh ingat tarikh lahirku [terharu la ni]....pada dia aku nak ucapkan terima kasih sangat sebab menggembirakan hati aku pada detik sambutan hari lahirku semalam....



-END-


Sunday, January 4, 2009

BACK IN JANUARY 2009..NEW PAGE...NEW AGE...

Dekat dua bulan gak aku tak update blog aku ni....by the way sekarang dah pun masuk 2009.. tahun baru dan mungkin juga azam baru [mugkin tak bagi aku sebab cam tak penting je]...

cumanya 2008 dah pun berlalu dan aku nak juga dengan berlalunya 2008, berlalu juga penderitaan aku sepanjang tahun tu....macam-macam cerita yang aku lalui untuk 2008 tu....tapi sepanjang penderitaan yang aku lalui ada juga cerita-cerita yang ceria terlindung dari diri aku....contohnya aku berkenalan dengan seseorang yang bagi aku begitu memahami namun mungkin tiada pertalian yanglebih panjang setelah kitorang couple almost 5-6 months...agak lama juga dan yang paling lama pernah aku berpasangan...terima kasih aku ucapkan untuk dia sepanjang kami berpacaran.....

2008 juga membawa aku kegerbang ilmu yang lebih mencabar apabila aku diterima melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi atau lebih menjurus kepada IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DAN MASSA DENGAN KEPUJIAN [PENYIARAN]..bersama-sama itu juga aku telahpun menerima pengikhtirafan selaku menamatkan pengajian dalam bidang yang sama diperingkat diploma.....



berakhir 2008 juga bakal melangkahkan lagi satu peringkat usia dalam hidup aku...sebab januari ni akan membawa aku kepada usia 22 tahun iaitu pada 14 januari nanti....aku hanya mampu menunggu apa yang akan tiba dan muncul pada tarikh tersebut.....

kt sini ada gak beberapa gambar yang aku abadikan sepanjang 2008.....


MALAM PRA-GADUAN '08

MALAM PENGANUGERAHAN KOLEJ
LATIHAN CITRAWARNA 2008
LEPAK-LEPAK DENGAN AREZ - DANGA BAY
FIRST CLASS DEGREE IN MASSCOMM
PHOTOSHOT KECIWA
STUDIO LATIHAN RADIO UiTM
MAIN HUJAN DENGAN HOUSEMATE
ADIK ANGKAT MASA FESTIVAL DEKAT AUSTRALIA
DENGAN EMAK DAN KAKAK MASA KONVOKESYEN DIPLOMA
MAKAN MALAM SESI FESTIVAL ZAPIN MAKUM - UPM
LEPAK TUNGGU BAS NAK BALIK DARI UPM
PERSEMBAHAN MALAM MANIFESTASI SELANGOR
LEPAK-LEPAK DENGAN AMAN - BUKIT BINTANG
JUMPA MAK ANGKAT DARI AUSTRALIA - PARK ROYAL BB
LEPAK DEKAT SIMPANG UMAH SEWA KT SHAH ALAM





-END-