Monday, January 19, 2009

MENCARI SESUATU YANG LEBIH PASTI....

seperti biasalahkan...aku ni macam-macam je rase-rase macam pelik kadang-kadang....[apa aku cakap ni...huhu]....tapi yang pasti aku tengah mencari sesuatu yang pasti dalam hidup aku....mungkin sebab beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ni dan ade sesetengah tu aku rase cam dah bosan dengan perkara tersebut....wah mesti korang nak tau kan....[for sure lah kan..hahahaha]

1. aku dah mula rase bosan dengan kebiasaan yang aku lalui sekarang ni....antaranya :
  • aku dah mula bosan jadi single.
  • aku dah mula bosan dipermainkan.
  • aku nak lebih serius dalam hidup aku . [aku banyak sangat main-main lah..]
  • aku nak lebih serius fikir tentang masa depan aku.
2. aku nak berubah.
  • aku nak berubah menjadi aku yang sepatutnya aku.
  • aku nak berubah untuk mencari apa yang hati aku mahukan.
  • aku nak berubah dari pandangan masyarakat tentang diri aku.
3. aku nak mencari.
  • teman wanita [kalau boleh lah]
  • ilmu. [lebih fokus]
  • kerjaya.
  • masa depan.
  • identiti yang sahih.
untuk pengetahuan korang, aku memang nak sangat buat apa yang aku nyatakan kat atas tu...tapi aku ni pun manusia..kadang-kadang terikut juga nafsu....yang pasti aku dah bosan sangat dengan perception orang tentang diri aku...takpe lah aku pun tak salahkan beliau-beliau tersebut sebab aku faham bahawasanya tak ada orang yang betul-betul memahami diri kita...betul tak?hmmmm

jadi aku kenalah kuatkan semangat aku mengharungi cabaran-cabaran mendatang...sebagai manusia juga aku ni kadang-kadang perlukan sokongan...macam pokok...nak tumbuh kena gak disiram dijaga....macam cinta perlu dipupuk dan dipertahankan...jadi sama juga macam aku perlukan kawan-kawan dan sokongan...aku faham kadang-kadang orang hanya akan ketawa bila aku cakap macam ni....sebabaku tau siapa aku...

contoh macam bila aku cakap nak mencari cinta [teman wanita atau bahasa up-to-date girl friend] memang susah orang nak sokong..aku pun tak faham kenapa...mungkin sebab diorang tengok aku macam ni kot...yelah...orang cakap aku ni macam budak-budak tak cukup umur...[korang aku da 22 lah tahun ni]....pastu sebab perangai aku yang suka sangat melaram [grooming] orang dah bagi tanggapan buruk kat aku....tapi sebab dah penat nak aku iyekan saje...aku faham kenapa diorang cakap macam tu....

jadi aku kena juga merealisasikan keinginan aku....korang-korang yang rase aku pautu buat mende ni sokonglah aku ok....macam korang sokong kempen-kempen tu...huhuhu....apa-apa pun doa kan aku berjaya......




-END-


Wednesday, January 14, 2009

SEDETIK USIA

dalam sedar tak sedar aku dah tambah lagi satu langkah dalam usia aku...sekarang aku telah berusia 22 tahun [bukan lagi angka bagi kanak-kanak yang kejahilan]...aku cuma dapat mahukan selangkah usia aku ini akan menambah lagi kematangan aku dalam perjalanan kehidupan...seronok? itu belum pasti akan benar atau tidak...

menjelang penghujung usia 21 tahun...aku telah merancang suprise party untuk sahabatku yang juga berkongsi tarikh lahir dengan aku...seronok juga kadang-kadang kalau ada orang yang tarikh lahir dengan kita...dalam perancangan itu aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yangaku minati...pada mulanya memang aku rasa sedih sebab aku menyambut hari lahirku tanpa orang yang aku cintai....tapi demi kawan aku yang seorang ni aku happy kan diri....panggilan yang aku terima itu sangat membuatkan aku rasa bahagia dan gembira sangat kerana orang yang aku minati tu boleh ingat tarikh lahirku [terharu la ni]....pada dia aku nak ucapkan terima kasih sangat sebab menggembirakan hati aku pada detik sambutan hari lahirku semalam....



-END-


Sunday, January 4, 2009

BACK IN JANUARY 2009..NEW PAGE...NEW AGE...

Dekat dua bulan gak aku tak update blog aku ni....by the way sekarang dah pun masuk 2009.. tahun baru dan mungkin juga azam baru [mugkin tak bagi aku sebab cam tak penting je]...

cumanya 2008 dah pun berlalu dan aku nak juga dengan berlalunya 2008, berlalu juga penderitaan aku sepanjang tahun tu....macam-macam cerita yang aku lalui untuk 2008 tu....tapi sepanjang penderitaan yang aku lalui ada juga cerita-cerita yang ceria terlindung dari diri aku....contohnya aku berkenalan dengan seseorang yang bagi aku begitu memahami namun mungkin tiada pertalian yanglebih panjang setelah kitorang couple almost 5-6 months...agak lama juga dan yang paling lama pernah aku berpasangan...terima kasih aku ucapkan untuk dia sepanjang kami berpacaran.....

2008 juga membawa aku kegerbang ilmu yang lebih mencabar apabila aku diterima melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi atau lebih menjurus kepada IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DAN MASSA DENGAN KEPUJIAN [PENYIARAN]..bersama-sama itu juga aku telahpun menerima pengikhtirafan selaku menamatkan pengajian dalam bidang yang sama diperingkat diploma.....



berakhir 2008 juga bakal melangkahkan lagi satu peringkat usia dalam hidup aku...sebab januari ni akan membawa aku kepada usia 22 tahun iaitu pada 14 januari nanti....aku hanya mampu menunggu apa yang akan tiba dan muncul pada tarikh tersebut.....

kt sini ada gak beberapa gambar yang aku abadikan sepanjang 2008.....


MALAM PRA-GADUAN '08

MALAM PENGANUGERAHAN KOLEJ
LATIHAN CITRAWARNA 2008
LEPAK-LEPAK DENGAN AREZ - DANGA BAY
FIRST CLASS DEGREE IN MASSCOMM
PHOTOSHOT KECIWA
STUDIO LATIHAN RADIO UiTM
MAIN HUJAN DENGAN HOUSEMATE
ADIK ANGKAT MASA FESTIVAL DEKAT AUSTRALIA
DENGAN EMAK DAN KAKAK MASA KONVOKESYEN DIPLOMA
MAKAN MALAM SESI FESTIVAL ZAPIN MAKUM - UPM
LEPAK TUNGGU BAS NAK BALIK DARI UPM
PERSEMBAHAN MALAM MANIFESTASI SELANGOR
LEPAK-LEPAK DENGAN AMAN - BUKIT BINTANG
JUMPA MAK ANGKAT DARI AUSTRALIA - PARK ROYAL BB
LEPAK DEKAT SIMPANG UMAH SEWA KT SHAH ALAM





-END-

Monday, November 17, 2008

MENITI HARI YANG KIAN KONTANG

agak lama juga aku tak update blog aku ni...tapi hari ni ada masa terluang sikit adalah masa aku belek-belek blog aku ni...[walau aku sepatutnya menulis skrip untuk dihantar esok].....penulisan skrip aku untuk assignment pun da siap 50%...so aku ada masa untuk beberapa jam siapkan skrip tu....so aku kenalah pecahkan kepala untuk "DIARI LISA KAMILAH" tu....

hmmm...sedar tak sedar dah hampir penghujung tahun 2008...dan pada waktu ni genap dah 2 tahun abah pergi meninggalkan dunia...rindu sangat-sangat dekat abah...kejap saja masa tu berlalu...jika dulu aku selalu jalan-jalan dengan abah..tapi tak sekarang...jika dulu aku selalu teman abah..tak sekarang..kalau aku ada masalah selalu bagitahu abah...sekarang hanya diri sendiri...hmmm....tapi nasib kehidupan perlu aku lalui dengan sekuat mungkin...

dalam masa yang singkat juga, aku telah pun tamat pengajian aku di peringkat diploma seawal bulan mei lepas dan aku bakal dinobatkan sebagai graduan jumaat ni....21hb november 2008 secara simboliknya menunjukkan aku telah tamat diploma aku...kerana pada tarikh tersebut aku akan menghadapi istiadat konvokesyen UiTM yg ke-69....dan yang agak seronok konvokesyen 21hb november nanti aku masih 21 tahun....jadi angka 21 menjadi tema aku....aku juga berharap mak akan gembira dengan konvokesyen ni....walaupun aku tahu susahnya dia membesarkan aku...aku juga agak ralat tika konvokesyen ini nanti, sebab abah tak ada untuk raikannya...mungkin nanti yang datang cuma mak seorang kot...tapi tak apa...sebab ada orang lain yang lebih dari aku...maksud aku..mungkin aku sedih dan ralat sebab abah tak ada...tapi bagaimana dengan orang yang kedua-dua ibu dan bapanya tiada...aku hanya mampu bersyukur dan redha...harapnya konvokesyen nanti aku dapat buat dan laksanakan dengan baik....


-END-

Saturday, November 15, 2008

HABIS PAPER SUDAH...!!

so far habis dah paper final exam ak..releks la gak sket now...hehehe...kira dah abis gak semester untuk degree aku...next sem akan bermula sesuatu yang baru dan mungkin lebih mencabar bagi aku...susah sebenarnya nak study sampai degree ni..tapi demi masa depan kena jugaklakan untuk teruskan perjuangan dalam bidang ni...hahaha

by the way malam tadi terjadi sesuatu diluar kawalan aku sendiri....aku sedang baring-baring...tiba-tiba aku teringat kat seseorang yang pernah memberi makna yang begitu besar dalam hidup aku...AREZ....tapi i need to go on with my life...hmmm tak apalah...




-END-

Tuesday, November 4, 2008

WHEN I'M LOOKING FOR LOVE

when i'm looking for love...
like i diving in the sea...
find for pearl that i never see...
when i look something shine...
but that just coral with the seaweed on it...

when i'm looking for love....
i fly on the sky....
feel the wind cross over the mountain...
but then i fall on the tree..
with no one by my side...

when i'm looking for love....
like the rose blossom at night...
give the roses smell to the air..
but then i found earth...
with no one cares about me...
even a piece...
i'm dying looking for love...


.::AZRIE::.

-END-

Wednesday, August 27, 2008

MALAM SEDIH PADA DIRI DAN RINDU PADA ABAH

malam ni aku tak dapat nak lelapkan mata....rasa macam-macam dalam kepala otak aku tapi aku tak tau apa dia....hmmmmm

lepas bangun dari tido tadi aku teringat seseorang....orang yang aku rindu sangat...abah.....aku rindu sangat dekat abah....

masuk ri ni dah dekat 3 minggu aku demam...batuk-batuk dan selsema sikit...tapi ok kot tak lama lagi....

aku sedih sebab aku mula lemah pada diri sendiri dan aku mula keliru dengan diri aku sendiri...aku tak tau kenapa....aku terasa kseorangan, aku rasa sepi, aku rasa dipinggirkan....

hari ini, demi membantu orang, aku sanggup pergi menaiki motor untuk ambik orang tu, tapi boleh-boleh di tak bagitau aju di balik dengan kawan dia...basah kuyup aku balik sebab masa tu tengah hujan....tension gak..tapi aku tak kisah....

tadi aku telefon akak...aku ingat aku nak bagitau kat dia yang aku teringatkan abah danaku rindu sangat kat abah...tapi akak tengah buat assignment...jadi aku simpan perasaan nak cerita kat akak tadi....aku sedih sebab puasa akan menjelma...memori aku pada abah makin kuat...kenangan aku dengan abah makin mencengkam dalam memori aku...memori waktu abah sakit tapi abah kuatkan semangat dan tenaga untuk tolong mak walau dia tak mampu nak buat...aku faham tiap kesusahan abah.....aku masih ingat masa tu abah dah mula sakit...mak terpaksa meniaga dekat bazaar ramadhan untuk tanggung keluarga....abah tak larat nak jalan...akak jauh kat sungai petani, belajar kat situ...untuk berbuka aku tak bagi abah jalan pergi bazaar tapi aku berjalan sendiri cari juadah berbuka puasa....malam tu aku berbuka puasa dengan abah sebab mak tak sempat balik rumah berbuka sama...waktu tengah berbuka...abah menangis dan cakap "mana orang lain, bulan puasa ni pon tak ada orang nak makan dengan abah..."aku sedih sangat...au cakap dengan abah "abah kalau orang lain tak ada takpelah..adik kan ada teman abah buka puasa.." abah diam je...tapi aku faham abah sedih.....

tapi tahun ni...da tahun ke-3 abah pergi buat selamanya...tapi kenangan aku dengan abah tu aku tak pernah lupa....aku sentiasa ingat cakap abah....aku sedih...tambahan pula tahun ni mungkin aku akan ke luar negara lagi...lebih menyedihkan aku akan pergi 2 hari sebelum raya....aku tak dapat makan ketupat mak, aku tak dapat makan rendang mak, aku tak dapat makan lemang mak, aku tak dapat sediakan persiapan raya dengan mak macam selalu...sebab kitorang selalu buat persiapan malam raya sebab nak rasa raya tu betul-betul..tapi tahun ni tak...aku tak dapat pergi ziarah kubur abah pagi raya....aku tak dapat baca yassin dkat kubur abah pagi raya..aku tak dapat bersama mak dan abah pagi 1 syawal.....



-END-