Tuesday, June 24, 2008

DAH NASIB KOT....HMMMM

hari ni macam hari-hari yang biasa...cuma mood aku agak down sket...pastu lame gak aku x berblog ni...hahaha

hari ni aku rasa macam kurang sihat sikit....dada aku rasa sakit sangat dan aku rasa agak sesak nafas.....petang tadi lepas training budak-budak cheer leading aku rasa nak pitam tapi nasib baik dapat cover....then oguy n chua hantar aku balik hotel cepat-cepat naik kete oguy....tapi diorang tak tahu sebab aku tak bagitau diorang....kalau aku bagitau mesti membebel sakan mak hayam-mak hayam aku tu....hahahaha

lepas balik hotel aku terus mandi dan rehat kejap....malam plak aku de practice lagi ngan budak-budak drama plak....sekali lagi dada aku sakit dan aku hampir pengsan...tapi aku cover ngan dok je kat tepi dan bagi alasan kat chua aku sakit perut.....

aku tak boleh nak rehat kejap....sebab aku akan terfikir sesuatu yang terjadi pada diri aku sekarang....pedih dan aku rasa sedih sangat....sebenarnya aku macam mak aku...tak boleh rasa sedih dan risau...tapi aku tak tahu dan tak faham kenapa DIA buat aku macam ni....
tak pe lah...mungkin nasib aku....

aku harap dada aku bertambah baik malam ni....kalau tak pon aku tak tahan bila dada aku sakit macam ni....rasa kadang-kadang biar la sakit ni yang bawa aku pergi...sekurang-kurang aku tak jadi beban orang dan tak mnyakitkan hati orang lain....aku tahu siapa aku....lagi-lagi bila DIA sendiri mengatakan sakit hati bila bercakap dengan aku......tak pe la....nasib aku macam ni kot....




-END-

Sunday, May 11, 2008

SENDIRI, KESIBUKKAN DAN KESALAHAN

aku menyertai citrawarna [buat kali kedua tahun ni] dan jadual latihan sangat penuh jadi aku kembali menjadi sibuk dengan kerja-kerja latihan aku [tambahan latihan di stadium negara]...
aku seronok menari tapi bukan untuk tahun ni yang agak penuh dengan rasa stress di sebalik tabir persembahan citrawarna nanti....

aku juga menjadi serba salah....antara tanggungjawab ataupun tiada sebab...aku rasa aku telah beritahu awal-awal kepada pasanganku setiap aktiviti dan jadual latihan aku yang bakal menjadi sangat penuh menjelang citrawarna 24hb mei tahun ni...tapi bila aku mengambil keputusan untuk memberitahu pasanganku tentang latihan ini sekadar untuk mengingatkan dia akan tugas aku ini...ianya telah menjadi satu kesalahan atas sebab aku tidak memberitahu ke mana aku pergi kepada dia....salahkah aku?tidak mengapalah....aku terima...mungkin memang salah aku...

semalam aku menelefon pasanganku atas sebab rindu yang sangat padanya dan aku faham dia tidak ada kredit telefon dan aku pula kurang mempunyai masa untuk melayari internet...aku sanggup membuat super saver untuk menelefonnya...namun au hanya berpeluang bercakap dengan pasanganku hanya untuk beberapa minit...dan dia menyatakan pada aku, "tidak cukupkah 4 minit tadi?"....betapa sedihnya aku dia membuat kenyataan itu...aku rindukan dia namun sebaliknya itu ayat yang aku dapat darinya....seketika kemudian dia meletakkan telefon...aku sangat sedih...sudahlah jauh, jumpa pun jarang sekali...telefon itu yang aku terima....apakan daya itu nasib aku.....aku terima....



-END-

Friday, April 25, 2008

KASIHKU YANG SATU

sayangku padanya tidak pernah luntur walau apa yang terjadi....sayangku juga hanya padanya seorang....walaupun banyak dugaan yang terjadi antara aku dan dia tapi hatiku dan naluriku tetap padanya....

sayang terima kasih mengasihi ma...ma sangat sayangkan cayang...walaupun bagai dugaan antara kita tidak pernah luntur walau sedikit sayang ma pada cayang...ma sangat menghargai dan menyanjungi setiap yang cayang buat untuk ma...hanya cayang yang satu di hati ma...ma nak cayang tahu bahawa ma hanya sayangkan cayang...tiada orang lain dalam hati ma selain cayang....love u so much...

MANA TEPINYA?

aku makin menempuhi cabaran yang kian besar jurangnya...aku tahu jatuh aku nanti cedera yang parah menanti....setiap rasa hati yang sabar aku dahulukan dengan sedikit pengorbanan...

kepada kawan-kawan,
terima kasih kerana menerima aku seadanya....membantu aku tika menghadapi masalah...memapah aku yang kian lara...tapi aku tahu aku sendiri...


-end-

Thursday, April 24, 2008

MASA UNTUK BERUBAH?

banyak perkara yang datang dan pergi...banyak manusia berubah mengikut masa kerana masa sentiasa berubah dan masa tidak pernah berputar ke belakang....itu apa yang telah orang dan manusia ajar pada aku....

aku?aku berubah mengikut kata kekasih hati...yang akhirnya dia juga berubah hati...

mengajar erti kehidupan telah lama aku mulakan...dimana aku berubah mengikiut peredaran masa...masa adalah guru yang paling setia...

jika dahulu aku seorang yang kurang rational namun aku ingin berubah menjadi lebih matang...segalanya masa yangmengajar aku...usia 21 ini adalah antara titik langkah yang semakin mendalam dalam perjalanan kehidupan yang akan tiba akhirnya...

apa lagi yang aku harapkan dalam kehidupan yang kian panjang dan juga kian sampai ke penghujungnya ini....biarlah hati yang merasa tapi bukan hati orang yang terluka....mengharap hati untuk gembira hanya diri yang faham derita...

tapi tidak mengapa...kerana itu yang masa ajarkan kepada kita...bangun dan jatuh hanya seorang yang tahu...hati...

mengharapkan masa depan yang lebih baik?namun masa itu yang belum tiba...walau bayangnya dari mata....

  • ajarlah aku erti setia, maka akansetia diri ini
  • ajarlah aku erti kejujuran, maka jujurlah diri ini
  • ajarlah aku erti sayang, aka sayanglah aku
  • ajalah aku erti keikhlasan, maka ikhlaslah aku
  • ajarlah aku erti persahabatan, maka bersahabatlah aku
  • ajarlah aku erti cinta, maka cintalah aku
  • ajarlah aku erti dendam, maka dendamlah aku

    senyap adalah lebih baik?masalah tidak akan selesai...tapi masalah itu umpama pokok...cari akarnya...cari benihnya...cari puncanya...

    kita tidak akan dapat menyelesaika apa-apa masalah dengan hanya melihat ranum buahnya....lebat daunnya....banyak rantingnya....

    hati seringkali dihubung kait dengan emosi...tapi sebenarnya hati berdiri sendiri....kata hati adalah kata yang pasti..emosi perasaan membelengu diri...itu sebab ada yang mengatakan kata hati pertama adalah benar...kerana kata hati yang seterusnya telah dibelengu rasa dan emosi...kerana itu juga kita perlu berfikir sebelum meluahkan kata-kata....

    TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLEPAS KATA MERANA DIRI

    sayang...adalah ungkapan kata dan rasa..sayang banyak maknanya...tapi sayang tidak perlu senang untuk diperkata tanpa rasa yang sebenar dijiwa....sayang pada erti sebenar bermaksud kasih...maka bukan mudah diluahkan umpama meludah ke dalam air...

    aku hanya mengingat diri sendiri...dan aku hanya memesan diri sendiri...

    tapi kamu juga perlu tahu menghargai perasaan dan hati setiap manusia....walaupun pada hakikatnya kita tidak mampu memuaskan hati setiap manusia...namun perlu kita tahu bahawa BERFIKIR SEBELUM BERKATA, SAYANG HENDAKNYA......BERKATA SELUM BERFIKIR AIR MATA DARAH PUN TIDAK DAPAT MENGUBAH APA-APA


    -end-



  • Wednesday, April 23, 2008

    JAWAPAN PUZZLE AWAK

    saya bahagia bila awak mesej saya petang tadi...saya bertambah bahagia awak telefon saya kerana rindu suara saya....saya pun rindukan suara awak....tapi tiba-tiba disebalik rindu itu awak nyatakan saya mempunyai kekasih lain.....sanggup ke saya menduakan awak?jawapannya tidak kerana bagi saya awak sudah mampu membahagiakan hidup saya....

    malam ini sekali lagi awak melakukan tindakkan drastik dengan tujuan mahu mendelete akaun myspace awak...awak fikirkan tak apa perasaan saya?

    sebelum ini saya mahu mendelete akaun myspace tetapi awak tidak bersetuju...jadi saya kekalkan kerana sayang saya pada awak....tapi kini awak mahu mendelete akaun itu...adakah awak tidak sayang pada saya lagi?

    awak...puzzle yang saya maksudkan bukanlah permainan yang awak sangka...puzzle yang saya maksudkan adalah rational dan matang...lebih masa yang diambil dan meneliti setiap yang berlaku memberi kesan pada setiap masalah yang berlaku....

    saya akui memang saya melakukan perkara itu...tapi awak sendiri menyatakan bahawa cemburu tanda sayang tanpa cemburu tiada erti sebuah perhubungan....maka salahkah saya mempunyai rasa cemburu?

    awak ada kawan dan saya juga ada kawan tapi bila awak cemburu pada kawan saya...saya faham akan cemburu itu...tapi bila saya cemburu pada awak...awak katakan saya fanatik mencari silap awak....

    saya melakukan setiap perkara dengan teliti...maka kira awak suruh saya memeriksa kembali apa yang telah saya lakukan saya telitikan kembali perjalanan yang telah saya lakukan hingga mengundang kemarahan awak....tapi adakah awak melihat kembali apa yang awak telah lakukan hungga mengguris hati saya?awak ada jawapannya...

    saya sayangkan awak....saya rindukan awak.....kadang-kadang manusia elakukan apa saja untuk menghilangkan rasaa rindu apatah lagi seperti kita yang berjauhan.....

    tapi sanggup pula awak menukar nombor dan sebagainya untuk membuang saya dari hidup awak.....apa yang saya rasa?

    awak tahu kenapa saya katakan "beri masa kepada awak?"
    kerana saya tahu awak seorang yang panas baran...maka say perlu melaukan dengan lebih baik supaya tidak kedua-duanya akan terbakar...saya mengalah....saya menjadi batu galas untuk awak salahkan saya....saya terima...tapi awak fikirkanlah kembali....

    1000 orang seperti saya dan sejuta orang yang lebih baik dari saya...semuanya tidak akan berjaya jika awak melihat pada satu pihak sahaja....lihat dan teliti di kedua pihak....dengar penjelasan dari pihak yang berdepan dengan awak...kerana setiap orang berbeza...

    awak pernah rasa awakmendengar penjelasan saya?
    tidak bagi saya kerana awak sering kali mengatakan "lantaklah" , "whatever" , "fikirlah sendiri" , "dah la tutup hal ni" ....itu yang awak katakan adil dan mndengar dan merima pendapat saya?
    awak tahu perasaan saya setiap kali awak kata begitu....hanya awak yang tahu....


    -end-

    Wednesday, April 16, 2008

    KERANA KASIH

    aku sedih...setiap kali aku dipersalahkan...sebab apa?bosan?menyampah?kenapa kalau rasa itu yang mengundang, mengapa susah untuk lidahnya mengatakannya kepada aku?susahkah?kalau susah mengapa tidak disampaikan secara tidak lisan...teknologi kian membangun tapi mengapa tidak menggunakannya?

    sering kali aku yang menyimpan derita sendiri..sering kali juga aku menangis sendiri...dia?hanya dia yang tahu apa yang dia lakukan......tapi mengapa?

    aku tidak pernah menyalahkan dia, tapi kerap kali juga dia mengatakan aku mencari silap dirinya...padahal aku tidak membuatnya....malam ini sekali lagi dia buat aku menangis...belum kering air mata jerkahan dia petang tadi telah mengalir lagi air mata aku malam ini..

    aku sayangkan dia...dan hanya dia seorang yang aku sayang...tapi dia bagaikan menyalah tafsirkan erti sayang aku pada dia....seronokkah bila melihat aku menangis?menunjukkan rasa sayang aku pada dia dengan cara menangis?

    sayang...tolong jelaskan pada ma...kenapa sayang buat macam tu pada ma?bencikah sayang pada ma?bosan sudahkan sayang pada ma?tolong jelaskan pada ma sayang....

    aku hanya mahukan untuk terus dalam kehidupan...aku cuba untuk menjadi lebih kuat...dalam masa yang sama aku tahu dan aku mahu dia tahu aku sayangkan dia...hanya dia seorang...tiada yang lain....


    -END