Friday, February 15, 2008

PENGHUJUNG BAGI SUATU PERMULAAN

Akhirnya hubungan antara aku dan dia berakhir begitu saja. Berakhir dengan sebuah propaganda, iri hati, penipuan, benci dan sayang. Memang aku akui menyayangi dia, tapi sampai bila untuk aku setia pada orang yang menyimpan ribuan cerita yang mungkin hanya ratusan yang aku tahu. Sebanyak cerita yang tidak mahu dikongsi tapi mengharapkan bahagia. Tidak mungkin ianya akan terjadi.

Kerana sayang juga aku tinggalkan dia untuk orang yang menyayangi aku. Bak kata kawan-kawan aku, "jangan meninggalkan orang yang menyayangi kita untuk orang yang kita suka, kerana mereka yang kita suka  akan meninggalkan kita untuk orang mereka  sayang." Rasa sayang dalam diri aku? hanya mereka yang tahu dapat rasaan dimana letaknya.

Aku tak faham, tika dia yang salah langsung dia tidak mahu lepaskan aku dan mahukan aku sebagai abang dan sebagainya. Tika aku yang lepaskan dia dari ikatan yang tak pasti, dia tidak terima aku walau sebagai kawan. Mana letak sayang @ janji sebelum ini, yang andai suatu ketika kami cuma kawan. Tapi tetap aku yang dia persalahkan, aku terima.
Suatu hari nanti kau akan tahu sebab kenapa aku macam ni.

Permulaan sebuah hubungan baru aku tidak harapkan apa-apa. Cuma ingin dia setia dan memahami, itu sudah cukup bagi aku yang tidak mungkin ingin bermimpi lagi. Apatah mahu mengimpikan sesuatu hanya samar-samar. Yang pasti kini cuma kamu dihatiku.


-END-

Thursday, January 31, 2008

SEBAB DAN PUNCA : BERFIKIR GUNA MASA BUKAN RASA

Aku semakin berubah dari segi hati dan attitude. Bersebab kenapa aku jadi macam ni, bukan aku yang mahu tapi orang yang ingin aku jadi begini pada mereka. Kemudian salahkan aku, siapa yang jahat sekarang? aku @ mereka?

Aku cuba jadi yang terbaik, melupakan kenangan dan perangai yang lama. Tapi mereka tetap mahu tahu siapa aku yang dulu. Tak salah, tapi mereka memaksa aku jadi seperti dahulu dan itu slah mereka. Walaupun kerana mereka tapi ianya pilihan aku, memilih untuk embalas dendam pada perbuatan mereka.

Tiada lagi rasa setia, tiada lagi rasa bahagia. Aku bukan happy buat macam ni, aku tak tahu apa rasa yang aku boleh katakan dengan lebih specific. Kalau mereka kata aku gembira buat macam ni, ternyata mereka silap. Aku sedar, kadang-kala aku menderita, aku sedih, aku kecewa. Tapi aku harus dan mesti teruskan hidup aku. Cuma satu, jangan salahkan kenapa aku jadi macam ni. Bukan apa, bagi aku semua yang terjadi adil [walaupun tidak sebenarnya]. Sebelum mengata aku baik sedar apa yan telah kamu lakukan. Sebab aku lakukan semua perkara dengan erfikir, bukan rasa atau nafsu. Kalau kamu andaikan kerana rasa dan nafsu, itu kamu bukan aku.


-END-

Sunday, January 27, 2008

RATIONAL, HATI ATAU DENDAM?

Sejak kebelakangan ni, aku makin terasa sesuatu dalam diri aku. Mungkin benar aku boleh membaca apa yang tersirat dan tersurat dalam diri orang lain tapi aku tak dapat mebaca apa yang tersurat dan terisirat dalam diri aku sendiri.
Tika aku menerima sayang dari seseorang, aku rasa bahagia [tanpa aku sedar hanya seketika] tapi aku curah rasa sayang yang melimpah pada dia. Akhir jalinan hubungan, dia tinggalkan semua tu. Aku? kecewa. Bila datang cinta yang lain, yang ada dalam diri aku hanya dendam. Tak ada sedikit rasa sayang pada orang seterusnya. HANYA DENDAM.

Kini, bila aku temui orang baru aku cuba untuk setia. Tapi akhirnya, aku lagi yang merana. Mungkin itu balasan aku terima dari perbuatan aku. Dia tak mahu aku ada orang lain di hati, tapi dia sendiri memasang jalinan pada orang lain. Dia tak mahu aku pergi, tapi mengasihi insan lain. Jadi? apa dan siapa aku bagi dia? SENYAP.

RASIONALnya, perlukah aku menjadi setia dan mampukah aku menjadi setia pada orang yang seumpama itu? mungkin tidak bagi HATI aku kini. Aku mencari sesuatu yang mungkin mengundang musibah sendiri, tapi aku puas dari hati aku terus merana lagi. Tepuk dada tanya HATI.

Jangan salahkan aku bila MOHD HAZRIZAL tiada lagi seperti dulu. Kembalinya dendam dalam diri aku umpama menanam bom dalam tanah. Dilihat tak nampak, disentuh merana. Andai aku kembali rasa dendam dengan sayang, tiada lagi MOHD HAZRIZAL yang sesetengah mereka kenal dahulu. Maafkan aku.


-END-


Friday, January 18, 2008

HARI YANG KIAN MENJAUH

Sekejap je perjalanan hidup ni. Sedar tak sedar aku dah 21 tahun [ umur layak mengundi ]. Kata orang umur 21 tahun ni adalah kunci kebebasan bagi semua orang, aku ingin tau sejauh mana kebebasan bagi diri aku. Banyak perkara yang aku ingin tahu dan aku mahu cari dalam hidup aku. Baru-baru ni berlaku pertelingkahan antara aku dan 'dia' [ kekasih hati ], tapi lepas semua tu terjadi dan aku telah melakukan beberapa perkara yang mungkin agak bahaya juga [ aku telah menelan 10 biji panadol + air coke] hampir sehari juga aku tak sedar diri sampai kawan rumah aku gerakkan aku untuk menjawab panggilan dari si 'dia'.

Aku akui aku sayang pada dia, sayang yang dah lama aku tak rasa wujud dalam hidup aku. Mungkin juga dia yang terakhir bagi aku. Selepas semua yang terjadi dia berjanji takkan lakukan lagi perkara lepas, sejauh mana jujur kata janji dia akan aku turutkan. Sekarang aku seperti biasa, menanti dan merasa bahagia yang tidak tahu datang arah yang pasti. Apa yang boleh aku katakan, au sayang pada dia. Membina mimpi dan impian dengan dia. Aku impikan perkara yang sama dari dia.

Pengajian aku makin beranjak ke akhir semester. Aku inginkan pencapaian yang memberangsangkan. Keputusan MUET [ Malaysian University English Test ] juga akan keluar tak lama lagi, berdebar juga nak terima keputusan yang bakal di umumkan.


-END-

Sunday, January 6, 2008

LEMBARAN BARU DI 2008

Tak sangka seketika dulu aku masih memakai uniform sekolah, sekarang aku bakal menamatkan pengajian diploma aku di UiTM ni. Sekejap sangat masa tu berlalu. Kadang-kadang aku terfikir juga, apa yang telah aku lalui selama beberapa tahun di sini. berlari mengejar impian yang kadang-kadang hilang dari pandangan.
Gembira, sedih, bahagia, kecewa dan banyak lagi aku rasakan di sepanjang tempoh usia ini. Rasa bahagia disamping yang tersayang, rasa kehilangan, jatuh dan bangun dalam setiap langkah yang aku lakukan. Tapi aku terima, mungkin usia aku yang makin meningkat mengajar aku untuk lebih matang dan rasional dalam setiap tindakkan. 
Tak sangka juga aku bakal bertambah usia tanggal 14hb januari ni. Usia aku 21 tahun tika itu. Azam untuk usia 21 ni, aku ingin menjadi lebih matang dan terbuka, berdikari dan rasional.
Dalam kehidupan macam tiada apa lagi yang aku harapkan. Aku takut kecewa dengan harapan sendiri, takut harapan yang aku bina berkecai dengan hati yang sama berderai nanti.
Mungkin tika ini, aku hanya mampu bermimpi yang aku tahu aku memang hanya dapat seketika dan bayangkan saja. Keinginan, biarlah aku simpan sendiri.

2008 juga megikat hati aku untuk kembali setia. Menyayangi, mencintai, merindui seseorang yang istimewa dalam hati. Selain emak, insan yang aku paling sayang dalam dunia ni. Insan yang kedua adalah satu-satu kekasih hati. Hanya satu itu kekasih hati aku. I LOVE U BABY. Terima kasih kerana terima saya seadanya.
Langkah-langkah seterusnya akan terus aku atur untuk sepanjang 2008 ini.



-END-

Wednesday, December 12, 2007

HUJAN DI HATI > KARAM DI SANUBARI

aku sendiri tak tahu apa yang aku cari....aku bagai kembali ke 3 tahun lepas...mencari seswatu yg tak pasti....situasi yang sama dengan aku sekarang.... apa yang aku harapkan?

aku tak mengharap apa-apa lagi......sebab aku tahu siapa aku...dan aku tahu taraf aku...dan aku tahu tempat aku.... 

apa yang aku mahu dari kamu?aku cuma mahukan kejujuran....aku cuma mahu keikhlasan....aku cuma mahu kepercayaan...aku tidak perlukan perhatian kerana aku tahu aku hanya insan biasa....memberi,merasa, bangun dan jatuh sendiri..... 

mungkin biasa aku ungkapkan "andai aku pergi, biarlah aku terus berlalu, kerana aku tidak dapat menahan derita di hati...andai aku pergi, biarlah aku terus terhapus dari mimpi, bagai kabus di waktu pagi....andai aku pergi, biarlah aku terus melangkah dari memori, kerana aku tidak aku tersimpan lebih lama lagi....aku tidak mahu derita yang aku rasai, akan terbias pada yang lain....merasai sayang pada yang aku sayang dan menerima benci dari yang aku sayang....kerna aku rela menanggung sendiri...." entahlah.....perlukah aku biarkan apa yang tersimpan terus tersimpan....dan perlukah aku mencari kembali seswatu yang hilang.....biarlah masa yang tentukan.... 


-END-

Monday, December 3, 2007

PUTAR ALAM, RENTAK ALAM > PRISMA SENI

FESTIVAL BUDAYA UITM '07, menunjukkan sebuah lagi kejayaan PERSATUAN MAHASISWA AKTIF SENI [PRISMA SENI] yang merupakan salah satu persatuan kebudayaan yang mempertahankan seni tari tradisional dan kontemperori yang telah mula bertapak di UiTM Shah Alam...
PUTAR ALAM,  zapin asli yang dipertandingkan oleh ahli-ahli persatuan PRISMA SENI dalam kategori tarian asli...gerak tari yang diolah, beralun rapi dengan gemersik lagu zapin malam pengantin [ mengikut lirik lagu sebenarnya ]..enam penari lelaki dan enam penari perempuan berpasangan mengorak langkah mengikut rentak lagu dan menyusun rapi gerak pola lantai yang di cipta...tarian ini akhirnya telah menambat hati juri dan memenangi tempat pertama dalam kategori yang dipertandingankan iaitu kategori tarian asli..
RENTAK ALAM, tarian kontemporari yang telah diolah oleh ahli PRISMA SENI sendiri iaitu AMANDUS PAUL PANAN...gerak tari yang telah dicipta dialun pula dengan lagu hasil ubahan dr MOHD RAZIFF ZULKIFLI yang juga merupakan ahli persatuan ini...tarian yang menggabungkan elemen-elemen jawa sehingga terhasilnya RENTAK ALAM...penceritaan plot yang bermula dari warisan [pusaka], muzik, tari, dan budaya...membawa satu pelengkapan cerita yang menarik untuk dipertandingkan...namun bagi kategori ini persatuan ini telah tewas kepada UiTM Sarawak....
keputusan yang dinantikan adalah keputusan keseluruhan bagi kategori tarian gabungan markah dari kategori asli dan kategori kreatif [kontemporari]....hasil pengiraan juri...akhirnya keputusan :- 
  • KETIGA - UiTM Sarawak
  • NAIB JOHAN - UiTM Johor, [PERFORMING ART CLUB, P.A.C]
  • JOHAN - UiTM Malaysia, [PRISMA SENI]
TAHNIAH  kepada ahli PRISMA SENI yang terlibat dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membantu persatuan PRISMA SENI mencapai kejayan yang membanggakan ini.


-END-